Pelakon yang juga bergelar usahawan, Betty Banafe, menganjurkan sesi bicara bagi membantu para wanita memahami cara dan pendekatan untuk mendapatkan jodoh yang mendapat keredaan Allah SWT.
Dia turut berkongsi proses yang perlu dilalui serta cara untuk mengetahui bahawa seseorang itu adalah jodoh kita. Menurut Betty, Taaruf adalah cara yang betul dalam Islam untuk mengenali seorang lelaki untuk berkahwin, juga berbincang dengan wanita yang disenangi bagaimana mengatasi beberapa halangan mencari cinta dan tetap berkahwin. “Apa yang cuba saya lakukan ini adalah untuk membantu wanita di luar sana agar tidak membuang masa dalam hubungan sebelum berkahwin. Bebas menyentuh dan bagaimana kita dapat menawarkan jiwa kita daripada diporak porandakan oleh lelaki yang salah. “Melalui sesi bual bicara ini saya akan memperkatakan tentang topik Jodoh Pilihan dalam redha Allah. Hanya dengan pengetahuan ini, kita boleh berkongsi ilmu dengan orang lain. “Kita akan bertemu dalam kumpulan kecil. Komuniti ini memang ada dan kebanyakannya anak murid Sheikh Hussein Lee. “Ramai mualaf Islam yang melalui proses ini dan mereka boleh mengesyorkan aplikasi untuk mencari pasangan jiwa,” katanya lagi. Sumber: Getaran
|
ADVERTISEMENT