CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Satu Parah, Sembilan Cedera Bas Kilang Rempuh Tiga Kenderaan

12-6-2023 12:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 169| Komen: 0

Klang: Lapan anggota termasuk pegawai dari balai bomba dan penyelamat Pelabuhan Klang telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 8 pagi.

Seorang parah manakala sembilan cedera ringan selepas bas kilang dinaiki merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian di susur keluar Lebuh Raya Shah Alam di sini hari ini.


Anggota bomba sedang mengeluarkan pemandu bas kilang yang tersepit dalam kejadian kemalangan di susur keluar Lebuh Raya Shah Alam, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd. Zain berkata, berdasarkan maklumat bas itu dipandu lelaki berusia 48 tahun itu membawa 40 pekerja kilang.

Katanya, setiba di lokasi kejadian berhampiran Telok Gong didapati telah merempuh sebuah bas kilang lain dan dua buah kereta di hadapannya.


“Akibat kemalangan tersebut, pemandu bas kilang itu tersepit dan patah paha kanan.

“Pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit kira-kira pukul 8.25 pagi menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa tersepit dalam kejadian kemalangan di susur keluar Lebuh raya Shah Alam (Kesas) di sini hari ini.

Selain itu, katanya, terdapat sembilan lagi mangsa merupakan pekerja warga asing cedera ringan.

Tambah Muhammadul Ehsan, pemandu bagi tiga kenderaan lain pula tidak mengalami kecederaan.

“Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut,” jelasnya. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.058592 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top