CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ringgit Jatuh Menjelang Mesyuarat Bank Pusat AS

12-6-2023 12:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1920| Komen: 51

Kuala Lumpur: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS yang dijadualkan pada 13 dan 14 Jun.


Pada 9.08 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.6155/6185 berbanding dolar AS daripada 4.6115/6160 ketika ditutup pada Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata konsensus pasaran menjangkakan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan Kadar Dana Fed tidak berubah pada 5.25 peratus.

Ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama - Foto hiasan

Sebelum mesyuarat itu diadakan, kadar inflasi AS bagi Mei akan dikeluarkan dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) diunjurkan menjadi sederhana 4.2 peratus daripada 4.9 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya manakala IHP dijangka meningkat 5.6 peratus daripada 5.5 peratus pada April.


"Memandangkan paras kadar inflasi yang tinggi, peserta pasaran berhati-hati dan sejajar dengan itu, dolar AS-ringgit mungkin terus berada pada julat RM4.61 hari ini.

"Walaupun Fed mungkin menghentikan sementara (kenaikan kadar), persoalan penting kini adalah perkara yang akan menjadi penilaian terbaharu mereka mengenai ekonomi, memandangkan aspek mata data menunjukkan aliran terus perlahan pada masa hadapan," katanya kepada Bernama.

Beliau berpandangan perkara itu yang mengganggu pasaran kerana mesyuarat ini akan dianggap (yang akan memutuskan mengenai) penghentian sementara (bagi kenaikan kadar).

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding pound British kepada 5.8035/8073 daripada 5.7819/7875 ketika ditutup pada Jumaat lepas serta rendah berbanding yen Jepun kepada 3.3110/3131 daripada 3.3022/3059.

Walau bagaimanapun, ringgit lemah berbanding euro kepada 4.9584/9617 daripada 4.9611/9659.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara ASEAN lain.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4354/4379 daripada 3.4294/4330 pada Jumaat serta susut berbanding baht Thailand kepada 13.3303/3452 daripada 13.3196/3376.

Unit domestik juga lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 310.9/311.3 daripada 310.9/311.3 semasa penutupan pada Jumaat lepas serta tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.23/8.25 berbanding 8.23/8.24.


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 12-6-2023 12:14 PM
Basically lemau berbanding sumer matawang lain je la..
Quote twins 12-6-2023 12:15 PM
RM ni dah mcm Rupiah Indo jer levelnya sekarang...  kalau gi yurop memang tak der la mana2 MC nak ambik.. baik la withdraw dr ATM depa jer.. walau bank charges mahal pun hadap jer la.... pegi Krabi yg kat sebelah ni pun murah gilerrr dorang ambik kalau RM.  kalau SGD lebih untung...   tak der guna pun kerajaan naikkan gaji minima jd 1500 bila RM merudum macam ni  dah sama mcm gaji 750 jer...
Quote xy_daen 12-6-2023 12:21 PM
Barulah Madani
Quote Thunderclouds 12-6-2023 01:11 PM
Xmustahil esok² lg murah dr rupiah.
Agk² pati nk dtg berbondong² lg dak?
Quote Firenzza 12-6-2023 01:46 PM
Mana lapiji? Xmo bagi sepatah dua kata ke?
Quote Kitty_catz 12-6-2023 01:49 PM
cleaner indon pun dah up wehh rate per hr

dedulu boleh dapat rm15/jam


skang bukak rega rm20/jam


Quote Kitty_catz 12-6-2023 01:49 PM
Firenzza replied at 12-6-2023 01:46 PM
Mana lapiji? Xmo bagi sepatah dua kata ke?

tak jumpa lagi formula

ko tunggu japppp
Quote silencekiller 12-6-2023 01:53 PM
Mustahill.. ni musti berita fitnah dari macai2 PN ka apa kaa... negara ni mempunyai 2 tokoh tersohor lg berwibawa sepanjang zaman yakni self proclaimed kununn "Menteri Kewangan terbaik" dan sekoq lg "Raja Formula terulung abad ini" yg mampu selesaikan 1001 masalah..
Quote Solokkk 12-6-2023 05:31 PM
Edited by Solokkk at 12-6-2023 07:59 PM

Bila jadi pembangang, terpaling meroyan macam org giler sasau bila ringgit jatuh. Bila jadi gomen, terus jadi ter paling bodow diam
Quote Skuau 12-6-2023 06:13 PM
Thunderclouds replied at 12-6-2023 01:11 PM
Xmustahil esok² lg murah dr rupiah.
Agk² pati nk dtg berbondong² lg dak?

kot...itula formulanya si raja formula...
Quote wirazam 12-6-2023 06:59 PM
twins replied at 12-6-2023 12:15 PM
RM ni dah mcm Rupiah Indo jer levelnya sekarang...  kalau gi yurop memang tak der la mana2 MC nak am ...

So skrg nih nak kena beli dollar USD byk byk ke ???
Quote cikmouse 12-6-2023 07:31 PM
Ringgit jatuh laaaa bgs kataaa merekaaaaa...
Quote ctaz 12-6-2023 07:54 PM
tgh tunggu formula dari bapak formula negara....mr. lapigi
Quote mojarean_X 12-6-2023 08:05 PM
Thunderclouds replied at 12-6-2023 01:11 PM
Xmustahil esok² lg murah dr rupiah.
Agk² pati nk dtg berbondong² lg dak?

Memang taklah. Ntah2 Rohingya pun lari beramai2 dari malaysia
Quote Decaffeinated 12-6-2023 11:05 PM
Padan muka acik2 anti foreign workers. Lepas ni tak hingin dah dorang datang cari makan di Malaya. Nak buat rumah sila bancuh simen sendiri. Kerah lah anak beranak yang rajin2 tu.
Quote Lagubestbest 14-6-2023 06:06 PM
kemain eu. g siam je dah cukup.
Quote Lagubestbest 14-6-2023 06:07 PM
wirazam replied at 12-6-2023 06:59 PM
So skrg nih nak kena beli dollar USD byk byk ke ???

bukan beli duit, cuma kena meniaga pada orang sana je.
Quote CiliPadiSedap 14-6-2023 07:14 PM
Tinot7 replied at 12-6-2023 12:14 PM
Basically lemau berbanding sumer matawang lain je la..

dulu mereka kutuk kerajaan tak pandai perintah, sekarang tuhan balas ringgit lemah diam semua pakar formula  madanon.
karma is real.

menu rahmah rm5 = 1 us dollar ( forecast ada keluar berita mengatakan ringgit bakal cecah paras tersebut)
subsidi elektrik di tarik
sawit jatuh harga (tapi harga minyak masak kekal mahal)

orang melayu paling terkesan apabila kos sara hidup dan opr meningkat sebab orang melayu kurang epf kurang saving.




Quote CiliPadiSedap 14-6-2023 07:20 PM
Decaffeinated replied at 12-6-2023 11:05 PM
Padan muka acik2 anti foreign workers. Lepas ni tak hingin dah dorang datang cari makan di Malaya. N ...

lagi bagus , indon buat senget benget macam kopek sista vokuru. bentuk dah macam tiga segi pyramid. kalau nak ambil , ambil lah high skill worker . asal bukan rohingya dan penyondol suami orang.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.230907 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top