CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepintaran Buatan Semakin Disalah Guna

12-6-2023 12:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 239| Komen: 2

Washington: Walaupun kepintara buatan (AI) dapat membantu dalam menyelesaikan beberapa jenis pekerjaan, namun kecanggihan tersebut membuka peluang kepada penjenayah siber teknologi melakukan klon suara, sekali gus menyaksikan keupayaan merobohkan sempadan antara realiti dan fiksyen.


Ini berikutan carian internet yang mudah menghasilkan pelbagai aplikasi tersedia secara percuma untuk mencipta suara AI dengan mencuri sampel suara sebenar seseorang.

Ketua Eksekutif Blackbird.AI, Wasim Khaled, berkata pengklonan suara AI kini hampir tidak dapat dibezakan daripada percakapan manusia, membolehkan penjenayah siber melakukan jenayah secara berleluasa.


"Dengan sampel audio yang kecil, klon suara AI boleh digunakan untuk meninggalkan peti suara dan teks suara.

"Ia juga boleh digunakan sebagai penukar suara secara langsung pada panggilan telefon.

"Penipu boleh menggunakan dialek, jantina atau meniru corak pertuturan setiap orang yang mana teknologi membolehkan penciptaan palsu mendalam yang meyakinkan," katanya.


Menurut pakar juga, ini adalah bahaya terbesar dalam AI kerana keupayaannya untuk merobohkan sempadan antara realiti dan fiksyen, memberikan penjenayah siber teknologi yang murah dan berkesan untuk menyebarkan maklumat salah.

Profesor di UC Berkeley School of Information, Hany Farid, pula berkata memandangkan mudah untuk menjana klon suara yang sangat realistik, hampir sesiapa sahaja yang mempunyai sebarang kehadiran dalam talian terdedah kepada serangan.

Dalam tinjauan global terhadap 7,000 orang dari sembilan negara, termasuk Amerika Syarikat (AS), satu daripada empat orang berkata, mereka pernah mengalami penipuan pengklonan suara AI atau mengenali seseorang yang pernah mengalaminya.

Sementara 70 peratus daripada responden berkata, mereka tidak yakin boleh memberitahu perbezaan antara suara klon dan perkara sebenar, menurut tinjauan yang diterbitkan bulan lalu oleh McAfee Labs yang berpangkalan di AS. - AFP


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 12-6-2023 12:14 PM
kt youtube bnyk dh video AI
audio AI jugak

ramai jgk mengAIkan diri konon2 sado 6 pack
daydreamin msg2


Quote Libbyschofield 12-6-2023 12:22 PM
Thanks for sharing the information...  

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.036815 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top