CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Balik Sambut Hari Jadi Ke-18, Dua Remaja Mati Dirempuh Pemandu Mabuk

12-6-2023 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 311| Komen: 0

Hanya selepas beberapa jam selepas meraikan ulang tahun ke-18, dua remaja maut kemalangan angkara seorang pemandu mabuk.

Mangsa yang merupakan rakan karib, Riley Danard yang baru menyambut hari lahir dan Khalea Theouk, dari Seattle, Amerika Syarikat, kedua-duanya meninggal dunia di lokasi kejadian.



Foto: Daily Star

Menurut polis, pemandu mabuk yang berusia 36 tahun itu memandu melebihi had laju dan melalui lorong yang salah, di Jambatan Seattle Barat.

Hasil pemeriksaan, polis mendapati suspek mempunyai kandungan alkohol 0.14 iaitu hampir dua kali ganda daripada yang dibenarkan.

Menurut laporan tempatan, dalam kejadian pada Mac lalu, suspek juga didapati positif dadah.

Turut dijumpai dalam trak yang dipandu suspek adalah botol bir yang kosong.

Susulan kejadian itu, suspek berdepan dengan dua pertuduhan kerana memandu dalam keadaan berbahaya sehingga mengakibatkan kematian. -CARI


Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.041292 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top