CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM1.2 Juta Duit KWSP, Simpanan Peribadi Lesap Angkara 'Memfitnah Kementerian Kesihatan'

12-6-2023 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 785| Komen: 8

Seorang wanita berusia 55 tahun berputih mata apabila menjadi mangsa penipuan penyamaran menerusi panggilan telefon akibat terpedaya dengan dakwaan kononnya dia terlibat dengan jenayah berkaitan pengubahan wang haram hingga kerugian RM1.18 juta.


Menerusi laporan polis yang dibuatnya kelmarin, pekerja teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta di Bintulu itu memaklumkan dia menerima panggilan telefon pada 22 Mei lepas daripada seorang lelaki tidak dikenali dari Putrajaya yang mendakwa mangsa ada mendaftarkan nombor telefon di Kota Kinabalu, Sabah untuk memfitnah Kementerian Kesihatan.



Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata panggilan berkenaan kemudian disambungkan kepada dua individu kononnya pegawai berpangkat bernama "Sarjan Wong” dan "Inspektor Khoo” dari Kota Kinabalu yang mengatakan mangsa terlibat dalam jenayah pengubahan wang haram.

"Setelah itu, mangsa dimaklumkan oleh suspek bahawa Bank Negara mahu memeriksa wang mangsa dan mangsa dikehendaki membuka akaun bank baharu atas nama mangsa dan memindahkan wang milik mangsa ke akaun baharu itu bagi tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.


Akibat panik, Mohd Azman berkata, mangsa telah membuka tiga akaun bank yang berbeza di Bintulu pada 23 Mei dan 9 Jun serta memindahkan wang daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan banknya, masing-masing berjumlah RM881,000 dan RM300,000 ke dalam akaun bank baharu.

Menurutnya, wanita itu turut diarahkan oleh suspek kononnya "lnspektor Khoo” untuk memberikan maklumat akaun bank baharu itu berserta nama pengguna dan kata laluan perbankan dalam talian kepada suspek.

"Mangsa juga dikehendaki untuk mematahkan dan membuang ketiga-tiga kad ATM tersebut. Mangsa hanya menyedari tertipu setelah memberitahu perkara itu kepada suaminya serta menghubungi pihak bank tentang transaksi itu,” katanya. 


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 12-6-2023 11:18 AM
senangnye kena tipu mcm tu je,mmg melopong la xdpt balik duit tu
Quote fairiza 12-6-2023 11:20 AM
Edited by fairiza at 12-6-2023 11:24 AM

Umur 55 lak tu baru je dpt kuar duit kwsp.
Aku rs mmg depa ada data la pekerja yg berumur 55 and ada simpanan kwsp.
Pastu kan bank ni xde polisi ke nak transfer or  kuarkan duit byk2 kene ada reason or sign form ke hapa ke.
Patut buatla sedikit peringatan utk org2 yg nak kuarkan duit bila umur 55 ni
Mak cik hati2 ye skang byk scammer ckp kene pindahkan duit bla bla bla
Mak cik jgn percaya ye sbb xde org nak siasat akaun tanpa waran.. bla bla bla
Educate org tu time dia nak p proses umur 55 thn punya pengeluaran.
Ke x yah p kaunter? Leh on9 ja?
Quote SedihPedih 12-6-2023 11:27 AM
Iols tertanya2, yg kena ni mmg terputus hubungan/ maklumat dari donia luar ke?

Sungguh tak tau ada scammer mcm ni? I selalu dpt call merepek ni, mmg jadi bahan main2 i aja kalau ada masa. Most of the time mmg terus letak. Kosser
Quote grouper 12-6-2023 11:32 AM
Mcm senang je nk kluarkan kwsp ni siap kena scam lagi...yg bising2 nak kluarkan kwsp tu scammer dah tau kot duit sikit
Quote twins 12-6-2023 12:21 PM
1.2M koooo......   itu lah simpanan nak makan hari tua..
umur 55 tahun makna itu akaun yg paling besar amount dia.
itupun rasanya kalau akaun emas untuk umur 55-60 tu boleh keluar
mesti itu pun habis tuuu......   
Quote prettyuglybabe 12-6-2023 01:48 PM
kerja it tapi kenapa bengap lain macam..
Quote Kitty_catz 12-6-2023 01:51 PM
ayoyoyo

sedangkan acik2 porom bercekau sampai buat polis report pun sekadar report jeww.. takde ilang reta benda noksss

awat la ang bebai sangat
Quote n3ar 12-6-2023 02:25 PM
buat malu jer keje sebagai pekerja teknologi maklumat, tapi benda2 camni pun kau tak cakna...

patutnya orang keje bahagian IT kesedaran lebih sikit pasal cybersecurity, phising technique semua tu..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.116659 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top