CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek Kelantan Masih Berbisa, Umur 62 Tahun Kahwin Dengan Pucuk Muda Umur 28 Tahun Lepas Kenal Di Tiktok

12-6-2023 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9111| Komen: 166

Si suami berusia 28 tahun dan isterinya pula berumur 62 tahun.

Walaupun mempunyai jarak usia 35 tahun, namun pasangan ini selesa berkongsi kisah mereka secara terbuka sehingga video yang dimuat naik di laman TikTok menjadi tular.


Foto: tiktok

Pemuda bernama Mohammad Amin Jumdail itu berkata, dia mula mengenali isterinya menerusi TikTok, pada Oktober 2021.

Lebih dikenali sebagai Adam, dia mengakui pada mulanya sekadar mahu berkenalan dengan wanita yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu.

"Bermula daripada sekadar nak berkawan saja, lama-kelamaan perasaan sayang dan rindu timbul dalam diri saya. Sukar untuk saya gambarkan perasaan itu.

"Dia bukan usahawan ternama, orangnya hanya biasa-biasa. Saya percaya ini adalah ketentuan Allah yang menetapkan dia adalah jodoh saya," katanya kepada mStar.

Mengimbas kembali detik perkenalan, anak kelahiran Semporna, Sabah itu mengambil langkah dengan berkunjung ke Semenanjung untuk bertemu wanita itu buat pertama kali.



Foto: mStar

"Saya tiba di Semenanjung pada Disember 2021, tapi saya cari modal dulu dengan bekerja sebagai tukang urut di Johor.

"Sebulan kemudian iaitu pada hari jadi saya iaitu 10 Januari 2022 barulah saya pergi ke Kelantan untuk bertemu dengannya," katanya yang sebelum ini hanya berhubung menerusi mesej, panggilan telefon serta video kerana masing-masing tinggal berjauhan.

Menurut anak kelapan daripada 10 beradik itu, dia bersyukur kerana kedua-dua keluarga merestui hubungan mereka tanpa mengira perbezaan usia.

Sementara itu, isteri Adam iaitu Rokiah Samat berkata, dia sudah mempunyai seramai 11 anak, 22 cucu dan seorang cicit.

"Anak saya yang sulung berusia 45 tahun dan bongsu pula 18 tahun. Saya sudah berusia 62 tahun, tapi rasa macam 40 tahun. Alhamdulillah saya masih sihat.

"Kenapa saya terima dia? Sebab dia baik, sangat bertanggungjawab dan begitu caring dengan saya. Paling penting dia juga penyabar," katanya yang merupakan suri rumah sepenuh masa.

Rokiah yang sebelum ini bekerja sendiri berkata, dia telah berpisah dengan suaminya terdahulu sebelum membuat keputusan untuk berkahwin semula.

Kedua-dua mereka mengikat tali pertunangan pada 6 Jun 2022 sebelum bernikah pada 9 September tahun yang sama.

Sementara itu, Adam yang juga merupakan ejen menjual produk kecantikan dan kesihatan menegaskan tiada niat tersembunyi mengenai keputusannya memperisterikan wanita itu.

"Allah dah tentukan hati saya di Kelantan, beristerikan orang sini. Alhamdulillah, dia menjadi 'pelengkap' tulang rusuk saya. Walaupun perbezaan usia, kehidupan kami bahagia dan aman damai.

"Saya bersyukur kerana mempunyai isteri yang caring dan sempurna di mata saya daripada segala segi.

"Isteri juga pandai memasak, saya paling suka masakannya kari kepala ikan... itu nombor satu," katanya sambil menambah dia dan isteri berkongsi hobi yang sama iaitu memancing dan berkebun.

Dalam pada itu, Adam dan isteri berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.

"Kunci kebahagiaan hubungan kami adalah persefahaman dan sependapat. Alhamdulillah, dia dan anak-anaknya menerima saya seadanya, dan saya menerima dia sekeluarga dengan ikhlas," katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 12-6-2023 10:58 AM
jijiknyehhhhh...
Quote sayurmayur88 12-6-2023 11:00 AM
no komen !!!!
Quote makita 12-6-2023 11:02 AM
Mcik ni 62 tpi kelihatan mcm dah magrib sgt . Ada je acik2 umo 60an tak nampak mcm opah2 sgt.
Quote noor2 12-6-2023 11:04 AM
Turn off aku dgn org lebih muda dari aku walaupun beza 2 atau 3 tahun..apatah lagi yg jauh muda....

Yela lain org lain citarasa ye dak....
Quote Prickford 12-6-2023 11:05 AM
makita replied at 12-6-2023 03:02 AM
Mcik ni 62 tpi kelihatan mcm dah magrib sgt . Ada je acik2 umo 60an tak nampak mcm opah2 sgt.

"Saya sudah berusia 62 tahun, tapi rasa macam 40 tahun. Alhamdulillah saya masih sihat", kata acik fefeeling retis.

Cikpek dah kering oiiii...


Quote seri_mawr 12-6-2023 11:05 AM
jodoh itu rahsia Allah...
semoga kekal ke akhir hayat ke duanya....
Quote pokokmeranti 12-6-2023 11:09 AM
maaf la bertanya, kena beli durex punya pelincir ke?
Quote Clan204 12-6-2023 11:11 AM
pokokmeranti replied at 12-6-2023 11:09 AM
maaf la bertanya, kena beli durex punya pelincir ke?

ky pun ok cik
Quote prince_marhaen 12-6-2023 11:14 AM
..Rokiah Samat berkata, dia sudah mempunyai seramai 11 anak..

Saya sudah berusia 62 tahun, tapi rasa macam 40 tahun..


Gelinya intentionally nak bagitau cikpek dia masih hebat lettuw... omg mat, lain macam selera kau ye..jangan nanti dah kesat macam kertas pasir uols bertukar selera pulak ye..dah bisnes pun urut2 kan... kebarangkalian happy ending customer tinggi ye... ekekekekekekekekeke
Quote pokokmeranti 12-6-2023 11:15 AM

jijik dgn nama ky sejak kes saipul
Quote noor2 12-6-2023 11:18 AM
Hey...nenek main tiktok?...aku sendiri x de tiktok...adui
Quote zuriey 12-6-2023 11:31 AM
Tgk dram doktor cha
Dia tolak cinta doc roy yg jauh muda dari dia
Sbb dia kata doc roy patut bahagia dgn pasangan yg sama umur boleh dpt ank boleh menua bersama2

Quote grouper 12-6-2023 11:34 AM
Dah tau mesti acik2 porum andartu x puas hati
Quote Skuau 12-6-2023 11:36 AM
jika benar cinta itu buta....BUTA KE MATA MU???-Spring
Quote salimrock 12-6-2023 11:38 AM
noor2 replied at 12-6-2023 11:18 AM
Hey...nenek main tiktok?...aku sendiri x de tiktok...adui

ado kak,

aku pn takde,tiktok

tp ada la kenal nenek2 kaki main tiktok, amik gambar filter...

rupa2nya bf umor 40 an, aduhai, diorang ni mmg bercinta di alam maya saja ke?

aku dulu cari awek kt medsos pn paling lama 1 bulan, jupe kalo ngam, ok, tak ngam pandai2 la bawa diri,
kalo lama sgt komunikasi, bg mcm2 alasan utktidak berjupe,  helikopter rosak la, pilot helikopter demam la, itu la ini, wa abaikan...itu saja2 nak layan wassap je..

sama la cam member,

duda, layan omi ke apa, skali 50 an, dalam gambar, video call baik punya edit,

dah citer smpai ajak main, skali nenek tu dtg, dia lari...haha...

member serumah pn tepuk dahi ,
Quote Themilo 12-6-2023 12:00 PM
kau dah kenapa ni dekkkk...
Quote Thunderclouds 12-6-2023 12:02 PM
Hmm..aje la.
Dh bselera.
Dia yg hadap.
Bukan kita.
Quote supernaturalee 12-6-2023 12:25 PM
Prickford replied at 12-6-2023 11:05 AM
"Saya sudah berusia 62 tahun, tapi rasa macam 40 tahun. Alhamdulillah saya masih sihat", kata acik ...

laki muda dia akn basahkan

kesah pulak chuols ni



Quote otai_g 12-6-2023 12:29 PM
Ni kisah ala2 nek wok la ni. Endingnya menyedihkan..

Bkn doa yg x baik. Tp sejarahnya da ada.

Lihat semua komen(166)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.181666 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top