Kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dipukul kekasih ibunya turut menimbulkan kemarahan pelakon, Elisya Sandha. Elisya menerusi perkongsian di Instagram Stories (IG Story) miliknya meluahkan rasa berang terhadap lelaki itu dan berharap agar individu tersebut meringkuk dalam penjara.
“Kau memang jantan tak guna! Dera anak orang! Tolong la cari dia ni dan pastikan lelaki ini masuk dalam (penjara) sampai dia mampus!” tegasnya. Sementara, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengakui dia turut terkesan dan berasa sedih dengan nasib yang menimpa kanak-kanak berkenaan. “Ya Allah, tak boleh tengok benda macam ini (kes penderaan). Kesiannya awak sayang, sakitnya hati tengok,” luahnya. Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku di Wangsa Maju, Kuala Lumpur itu, ibu kepada mangsa berkata dia sudah berusaha melindungi anaknya namun gagal. Akibat perbuatan agresif lelaki terbabit, mangsa yang baru berusia setahun 11 bulan itu mengalami kecederaan pada bibir dan mata serta badannya dipenuhi kesan lebam. Sumber: Gempak
|
mamajawie replied at 12-6-2023 11:59 AM
makin kurus sheolls lepas bersalin..iollsss jeles sbab msih x dpat berat impian iollss lagi..
ADVERTISEMENT