CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seriau Tengok Lelaki Selamba Kayuh Basikal Sebelah Misil Dilancarkan

12-6-2023 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 286| Komen: 2

Tular rakaman menunjukkan seorang pemuda menunggang basikal dengan hanya jarak beberapa meter dari peluru berpandu ketika senjata pemusnah itu dilancarkan tanpa rasa gentar.

Dalam rakaman video berkenaan, penunggang itu mengayuh basikalnya melepasi pelancar misil tersebut tepat pada masa ketika ia dilepaskan.



Pemuda ini mengayuh basikalnya bersebelahan dengan misil yang sedang dilancarkan.

Bunyi dentuman kuat dan deruan peluru berpandu melonjak ke udara, serta kelihatan kepulan asap besar di belakang penunggang basikal itu.

Walaupun bunyi bingit, asap dan pembakaran bahan api misil marak menyala, penunggang basikal berkenaan dengan bersahaja terus mengayuh tanpa berasa tersentak.

Dia hanya terus menunggang dan meneruskan kayuhan sepanjang laluan sebelum peluru berpandu kedua dilancarkan beberapa saat kemudian.

Seorang penulis Ukraine, Victoria Amelina mengatakan mereka sudah lali dengan suasana getir peperangan tatkala konflik di antara Ukraine dan Rusia masih berlanjutan.


"Rakyat Ukraine sudah biasa. Kami teruskan sahaja kehidupan," katanya. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zorrro_03 12-6-2023 11:31 AM
aku rasa dia pekak. jenis badak
Quote Skuau 12-6-2023 11:34 AM
cam korang yg dah lali tiap2 ari ngadap PATI la....apa nk heran

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.115059 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top