CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Gelak Tapi Kesian, Remaja 16 Tahun Tersangkut Di Buaian Kanak-Kanak Di Taman Permainan

12-6-2023 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 724| Komen: 12

BIDOR: Anggota bomba menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun selepas tersangkut pada buaian kanak-kanak di taman permainan kanak-kanak berdekatan Pasar Bidor.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor, Tarmizi Rasid, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 8.55 pagi sebelum menghantar sepasukan pegawai dan anggota dari BBP Bidor ke lokasi.


Foto: FB Bomba

"Tiba di lokasi kejadian, didapati seorang remaja perempuan tersangkut pada buaian di taman permainan terbabit. Pihak bomba memotong buaian bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap."

Foto: FB Bomba


Tarmizi berkata, pihak bomba mengambil masa kira-kira lima minit bagi mengeluarkan mangsa daripada buaian besi terbabit dan pemeriksaan mendapati remaja berkenaan tidak mengalami kecederaan sebelum operasi ditamatkan jam 9.30 pagi. -CARI

Sumber: Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 12-6-2023 10:08 AM
bodoh nak mati
tak memasal kurang1 buaian utk baby..

elok ditunjukkan muka tu 1 malaysia biar org kenal
Quote grouper 12-6-2023 10:13 AM
Mesti fyp dlm TikTok kisah ni
Quote venom1 12-6-2023 10:13 AM
cikatilia replied at 12-6-2023 10:08 AM
bodoh nak mati
tak memasal kurang1 buaian utk baby..

aisey abang tunjal tu dalam lokap pulak 7 hari
Quote kotakominami 12-6-2023 10:18 AM
Ni sama lah spesis dgn pompuan masuk dalam troli tu.ntah2 kakak dia...
Quote midori888 12-6-2023 10:19 AM
bontot dah mcm mak org, lagi nak duduk kat buaian budak...
Quote gadis_tulip 12-6-2023 10:19 AM
Kenapa lahai budak2 sekarang suka buat bende2 yang tak semegah? Bende2 yang merepek semua? Attention?
Quote Cassieopeia 12-6-2023 02:12 PM
dah kenapa main buai baby adoila
Quote bulalof 12-6-2023 02:16 PM
bodohnya ko dik. bodoh sgt. ko nak tutup mulut ko sambil ketawa? ko ingat ini lucu?
Quote Decaffeinated 12-6-2023 02:31 PM
Kenapa lah tak ko upah bangla potong rumput suruh tolong gergaji lepas tu teruskan kehidupan like nothing ever happen.

Sekarang satu malaya sudah kecam so siapa yang malu?
Quote cmf_PariS 12-6-2023 03:27 PM
hahahhahaha aduihaiii anak2 tk cukup age ke apa
Quote outcast 12-6-2023 03:48 PM
sekarang ni  buai dah jahanam, agak2 budak ni kene gantikan x ? ke biar  jer rosak mcm tu ...apa yg kelakar ntah , dah menjahanamkan harta benda awam
Quote otai_g 12-6-2023 04:32 PM
So Kes dah viral. Pihak majlis blh keluarkan saman kot atas dakwaan vandalisme

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.038292 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top