CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Geng Kereta Mewah Sekat Jalan Atas Jambatan Kedua Pulau Pinang Disaman

12-6-2023 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1878| Komen: 31

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) mengesahkan pihaknya menyaman sekumpulan pemandu kereta mewah yang didakwa memandu perlahan dan menghalang lalu lintas di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) atau jambatan kedua Pulau Pinang seperti yang tular dalam satu rakaman video sejak kelmarin.


Dalam kenyataannya semalam, Deputi Superintenden Mohd. Norazmi Abd. Ghapar berkata, rakaman tular yang dimuat naik ke dalam akaun Tik Tok milik seorang pengguna atas nama ‘panglimaperang’ kira-kira pukul 9 malam Jumaat menunjukkan deretan kereta mewah dipandu secara perlahan dan menghalang lalu lintas.


TANGKAP layar video yang tular dalam laman TikTok mengenai deretan kereta mewah yang didakwa dipandu perlahan dan menghalang lalu lintas di atas jambatan kedua Pulau Pinang

“Siasatan lanjut mendapati, kejadian berlaku pada 9 Jun (Jumaat) kira-kira pukul 12.30 tengah hari bermula dari KM (Kilometer) 3.8 dari arah Batu Kawan sehingga KM9.0 arah ke Batu Maung.


“Polis mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan kertas siasatan juga telah dibuka di bawah Kaedah Lalu Lintas 1959 iaitu Kaedah 16 (1) LN 167/59 kerana melakukan halangan lalu lintas,” katanya.

Bagaimanapun, kata Mohd. Norazmi, kira-kira pukul 12.10 tengah malam semalam, kesemua pemandu berkenaan telah hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) SPS untuk memberikan keterangan dan telah dikenakan saman.

“Dalam hal ini, polis sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan lalu lintas.

“Masyarakat juga diminta supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melakukan kesalahan lalu lintas di atas jalan raya,” ujar beliau. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 12-6-2023 09:45 AM
cilaka tul geng2 ni...
Quote noor2 12-6-2023 09:48 AM
Singaporean.....?
Quote green~tea 12-6-2023 09:50 AM
Takde tempat proper ke korang nak buat video shoot and gathering.... bodoh nya organizer
Quote syamzana 12-6-2023 09:51 AM
pakai kereta mahal pun bodo piang tetap pekat.
igt jalan tu buat khas utk korang???
Quote green~tea 12-6-2023 09:51 AM
Ler baru tengok gambo... kereta mewah apa tu? More like 2nd hand car harap brand jer merc bmw..

Hello.. myvi lagi mahal tau, dah kalo lagu tu je rupa kereta ngko...
Quote cikatilia 12-6-2023 09:53 AM
harey jadah betul.. keta mewah tp xbawak otak
Quote mr_cool5885 12-6-2023 09:55 AM
Yeye je diorg ramai2 dtg balai pastu kena saman
Quote AznieBunnie 12-6-2023 09:57 AM
mereka jual otak untuk cukupkan duit beli keter mewah - kah?
Quote _blackbird 12-6-2023 09:58 AM
ku expect lembukini ke, kuda liar amurica ke.
Quote airfilterkotor 12-6-2023 10:08 AM
Being poor amongst the poor is,
way better than being poor amongst the rich...

as is often the case nowadays.
Quote Dovahkiin 12-6-2023 10:12 AM
Patut saman ikut pendapatan tahunan. Tgk lhdn punya data, saman accordingly. Setakat saman bayar rm300 sorang, celah gigi je.
Quote gadis_tulip 12-6-2023 10:22 AM
BMW sekarang dah overated sangat.
Quote airfilterkotor 12-6-2023 10:27 AM
Minima:

RM300 - golongan rendah.
RM600 - golongan sederhana.
RM1257 - puak bodo memandu dikalangan golongan tinggi.
Quote airfilterkotor 12-6-2023 10:29 AM
Kesalahan kedua: faktorkan 0.5
Kesalahan ketiga: faktorkan 1.5
Kesalahan keempat: faktorkan 2.0

Sehinggalah seseorang itu serik untuk memandu lagi.
Quote Moyangkucing 12-6-2023 10:31 AM
Patut ambil gambar beramai2 dgn kereta mewah tu di balai polis selepas kena saman. Baru la rare ..
Quote ina_na 12-6-2023 11:17 AM
Penah terperangkap dlm geng ni.. Cina Singapore..Kalo tgk x ramai yg ensem..harap kete je ensem..bak kata anak jiran sebelah td ms jemur baju..boleh la singdollar skrg ni dah 3.4...
Quote salimrock 12-6-2023 11:49 AM
best ar dtg malaysia, petrol murah


tak silap ron95 singapore pn dah SING dollar, 2.80 x 3 bg malaysia,

diorang pulak kalao pakai ron97 pn device 3.4 , ala baru $1 dollar lebih je seliter...


Quote haruslah 12-6-2023 11:56 AM
Kalo aaman rm300 baru 8+sgd je
Celah gigi jer...siap dtg balai ramai2
Patut geng2 camni blacklist terus
Sebab tu la diorg berani buat mcm2
MAS nye undang2 remeh sgt
Beli pun barang subsidi kat johor tu...ape ade hal...

Tp tu la, logik selatan negara, duit ade ape ade hal nak bayar saman....x kisah kalau langgar peraturan, janji ade duit nak bayar
Quote matseh 12-6-2023 12:26 PM
Kalau BMW atau Merc kata kereta mewah. KAlau kereta lebih 5 tahun dah tak ada mewahnya. Lagi mewah EC made in China. Utk penulis2 semua. Sebut saja brand. Apa salahnya, dah mmg terang nampak apa brandnya.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.190784 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top