CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Berang Anak 4 tahun Main Pemetik Api, Bakar Kereta Depan rumah

12-6-2023 09:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 194| Komen: 3

Seorang ibu berang dengan anak lelakinya yang hampir menyebabkan kereta keluarga hangus terbakar.

“Dia ambil pemetik api senyap-senyap, kemudian bakar... tak lama (nanti) bakar rumah pula.


“Tak sayang harta benda mama? Ingat senang nak beli? Habis (terbakar) kereta ni,” ujarnya marah dalam satu video tular di TikTok.

Dalam rakaman tersebut kelihatan kesan terbakar pada bahagian belakang kereta jenis Proton Exora akibat perbuatan kanak-kanak lelaki terbabit.


Foto: mStar

Ibunya, Nor Aisyah Abd Karim, 30, berkata, pada masa kejadian dia sedang berniaga di kedai makan berhampiran sebuah pasaraya terkemuka di Baling, Kedah.

“Tiba-tiba nampak abah dia datang hantar anak tengah menangis teresak-esak. Saya tanya kenapa... dia pun jawab ‘abah pulas telinga’.

“Masa tu ingatkan buat salah sikit saja. Apabila balik rumah, abah dia suruh pergi tengok apa yang anak dah buat," katanya kepada mStar.




Dia kemudian bertanya sama ada suaminya sedar atau tidak ketika anak mereka Mohd Asyami Al Zahfran Mohd Zulhelmi yang baru berusia 4 tahun itu bermain pemetik api.

Bagaimanapun suaminya memaklumkan semasa kejadian kira-kira pukul 11 pagi, dia baru sahaja pergi ke bilik air untuk mandi.

“Dia cakap pergi mandi sekejap saja, keluar tengok api dah marak. Rupanya anak ambil pemetik api abahnya untuk main.

“Dia sendiri nyalakan dekat kain yang abahnya selimut kereta tu... kereta baru lepas gosok, tunggu nak cat,” luahnya lagi sambil menambah Muhammad merupakan anak keempatnya.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya setuju dengan tindakan Nor Aisyah yang memarahi anaknya.

“Kalau marah macam ni, baru dia tahu apa salah dia dan takut nak buat lagi.

“Puas hati dengar dia marah anak.

“Kalau buat macam ni, memang kena marah, tak boleh layan sangat bimbang lain pula yang dibakar.

“Biar anak nangis, jangan kita nangis... saya sokong sis,” ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang meninggalkan komen mencuit hati dan menyamakan suaranya memarahi anak seperti jurusolek terkenal Mua Bellaz.

Iyalah, mungkin lenggok suaranya sama kerana sama-sama berasal dari utara tanah air.

“Aku ingat dia guna sound Mua Bellaz.

“Macam suara Mua Bellaz. Cara cakap pun sama juga,” ujar beberapa lagi pelayar. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote sameer06 31-10-2024 06:09 PM
love problem solution specialist baba ji +91-9988587883 inDelhi Noida Mumbai Pune Nashik Nagpur Kolhapur Solapur Thane Bhiwandi ChennaiKochi Hyderabad
Vashikaran By Photo Mantra Vashikaran Specialist Aghori Babaji Tantrik Baba Baba Contact Number: +91-9988587883
My boyfriend has broken up with me. How can Kala jaduspecialist molvi help me to bring him back +91-9988587883 Also, each Kala Jadumantra in Hindi involved in the procedure cannot be stopped once spelled. So,make sure that you are under  ...
Quote Ayda89 12-6-2023 07:12 PM
Patutnya marah sekali bapak nya tinggal lighter merata2. Bingai punya bapak
Quote cikatilia 12-6-2023 10:00 AM
dah tau anak tu jenis mencuba
sorok2 la benda2 berbahaya ni
ni mesti jenis letak lighter sbb apak nya sap kok

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.049274 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top