CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eizlan Yusof Sertai Pas, Percaya Perjuangan Bukan Sekadar Retorik

11-6-2023 09:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 750| Komen: 9

Pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof mengesahkan kini menyertai parti Pas seperti diumumkan dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya sempena Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan, malam tadi.


Katanya, penyertaan itu dilakukan atas dasar keyakinan terhadap perjuangan parti yang berada di bawah Perikatan Nasional (PN).

Datuk Eizlan Yusof bersama Tan Sri Annuar Musa selepas pengumuman dibuat, semalam.

“Ya, saya sudah sertai Pas. Saya sertai kerana saya percaya perjuangan yang dibawa bukan sekadar retorik dan parti ini bukan seperti yang digembar-gemburkan pihak lawan,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Menurut penggiat seni berusia 51 tahun itu, peluang bekerja dengan Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa membuktikan kesungguhan figura itu menyatu padukan rakyat.

Malah selaku Ketua Penerangan Muafakat Nasional (MN) Negeri Selangor, Eizlan akui, pengalaman luas lebih lima dekad Pengerusi MN itu turut menyuntik inspirasi untuk sama-sama berjuang.


“Selama saya dengan Tan Sri (Annuar) di dalam MN saya melihat kesungguhan beliau menyatu padukan rakyat dan perjuangkan Islam serta Melayu tanpa mengenepikan perbezaan agama dan kaum,” katanya.

Sebelum ini, Eizlan enggan mengesah atau menafikan mengenai dakwaan dirinya bakal menyertai PN.

Perkara itu menjadi bualan apabila dia kerap muncul bersama beberapa tokoh politik PN dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MN dalam beberapa program.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Eizlan bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 11-6-2023 09:48 PM
Baik lah. Moga maju jaya...
Tak kisah lah sokong parti mana pun, tu semua adalah pilihan masing2 dan setiap individu ada hak...

Tapi jangan jadi serhoperr si yebby abadi... Gigih la duk suruh anak2 semua pakat pakai baju tshirt berjemaah dengan hangkut sepanduk bagai... Macam gampunk betul paksa2 anak sokong parti yang dia nak... Dah la tak boleh move on lagi mengendeng dengan ex laki sado puting coco crunch tu...

Muka anak pun masing2 dah berserah kepada ilahi...
Mesti theyols pun tertanya2 dalam hati apa la dosa deorang dapat mak macamtu...
Masa dapat laki muda pun keje duk mengigit macam kera... Aiyoooo...

Quote Suchi 11-6-2023 11:07 PM
Eh nuo muso dah masuk pas ke? Atau ada parti politik baru yg bergabung bawah PN?
Quote likilu 11-6-2023 11:36 PM
Dia berlakon watak apa these days
Hensem betul

Boleh jadi watak iron-man atau pun taken

Tapi Malaysia ada ke movie spy spy gitu. Asek tema business construction je.
Cuba tgk cite Korea tu. Kaya kaya pun bisnes jual dumpling je pun.
Quote Rogue98 11-6-2023 11:40 PM
Wife dia kena pakai tudung lah kan....knowing lebai2 Pas nanti laju jer keluar hukum.
Quote pencintaABC 12-6-2023 12:58 AM
Rogue98 replied at 11-6-2023 11:40 PM
Wife dia kena pakai tudung lah kan....knowing lebai2 Pas nanti laju jer keluar hukum.

Ratu Naga tu aman2 je sokong PAS buat tiktok taoi masih free hair. Pas dulu bukanlah pas yg sekarang
Quote sleepandream 12-6-2023 01:44 AM
akan datang besok tetiba PAS keluar PN... join kerajaan perpaduan... hahahah... akhirnya semua orang pun lalang... kita je yang lalai
Quote Lampuled 12-6-2023 03:07 AM
Kan hari tu merempan takde org bg job lepas kalah bertanding.. lepas ni berlakon sauk watak setad2 je la kot.
Quote jambatannetizen 12-6-2023 03:37 AM
sleepandream replied at 12-6-2023 01:44 AM
akan datang besok tetiba PAS keluar PN... join kerajaan perpaduan... hahahah... akhirnya semua orang ...

Depa semua luar parlimen banyk yang baik2. Depan kamera wayang je. Memang itu kerja.
Quote KucingBiru 12-6-2023 05:45 AM
sleepandream replied at 12-6-2023 01:44 AM
akan datang besok tetiba PAS keluar PN... join kerajaan perpaduan... hahahah... akhirnya semua orang ...

Kalau DAP dah masuk PWTC, AI dah join balik PAU siap kibar bendera sambil nyanyi lagu UMNO, tak pelik tetiba PAS join geng DAP balik hahaa. Semua ini t**i.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.105789 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top