Pempengaruh media sosial yang sering terpalit isu sensasi, Kasih Iris Leona mendedahkan ingin mendapatkan bantuan psikiatri atau terapi minda. Gadis berusia 21 tahun yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu menyatakan perkara itu menerusi ciapan baharu di Twitter.
“Saya memerlukan terapi,” tulisnya ringkas. Walaupun tidak menyatakan punca dirinya perlu mendapatkan bantuan terapi, rata-rata netizen mengandaikan bahawa Leona mungkin tertekan apabila sering berdepan dengan kecaman berhubung beberapa kontroversi yang dilakukannya sebelum ini. Dalam ruangan komen, ramai menyarankan agar Leona mendekatkan diri dengan Tuhan yang didakwa ‘pakar terapi’ terbaik buatnya. “Bukan bantuan pakar terapi, tetapi petunjuk daripada Allah SWT,” tulis seorang netizen. “Awak perlu banyak membaca al-Quran. Itu lebih mudah untuk difahami,” kata seorang lagi pengikutnya.
|
esbok replied at 12-6-2023 10:13 AM
pegi cari group usrah kat sana
ADVERTISEMENT