CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shima Lupakan Seketika Bidang Nyanyian Sebab Masalah Kesihatan, Tumpu Bisnes Makanan Atas Talian

11-6-2023 05:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1475| Komen: 15

Penyanyi yang dahulunya popular dengan lagi Teringin mengambil keputusan melupakan seketika bidang nyanyian dan ambil inisiatif mencari rezeki menerusi jualan makanan secara dalam talian.

Shima, 54, berkata, disebabkan masalah keadaan kesihatan maka menyanyi bukan lagi keutamaan buatnya.

Shima berkata, dia memasak kuetiau sup special, mi jawa, soto ayam dan bakso di rumah dan menjualnya secara dalam talian kepada mereka yang berminat.


"Semua resipi ini saya buat sendiri hasil pemerhatian terhadap individu terdekat antaranya mentua yang pandai masak.

"Saya ada buat beberapa testimoni kepada beberapa rakan terdekat. Syukur mereka puji hasil masakan saya. Itu yang saya yakin nak jual kepada pembeli," katanya.

Shima berkata, mereka yang berminat boleh mmenghubunginya untuk tempahan dan perlu ambil sendiri di Pangsapuri Lestari, Damansara Damai.


Manakala mereka yang tinggal berjauhan boleh menguruskan pengangkutan sendiri untuk ambil makanan di tempat kediamannya.

Sebelum ini, Shima pernah membuka Warung Teringin yang menjual masakan nasi berlauk pada 2018.

Bagaimanapun perniagaan ini tidak bertahan lama apabila Shima diserang penyakit misteri dan warungnya 'terhijab' pada 2019.

Dia juga ditimpa sakit belakang yang agak serius menyebabkan terpaksa menutup warung buat sementara waktu selain tulang bengkak dan terpaksa makan ubat.

Shima akhirnya mengambil keputusan menutup terus Warung Teringin apabila warung terbabit runtuh akibat ribut.

Dia juga berdepan masalah cakera tulang belakang tergelincir (slipped disc) yang dihidapi sejak 2013, selain terpaksa memakai lampin pakai buang bagi memudahkan urusan hariannya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 11-6-2023 11:48 PM
Oh, shima ni...
Ingatkan tadi baby syima yang nak berenti menyanyi...
Quote debab_78 12-6-2023 12:00 AM
kesiannya smpai kena pakai pampers utk aktiviti harian... semoga urusan kak shima dipermudahkan ya
Quote dudaberhias 12-6-2023 12:04 AM
who iz yuhhh...
maaf kaka terlampau muda untuk kenali sheolss...
yang kenal sheols tu di sarankan pergi ke konter esteloder yach dan beli advanced night repair supaya boleh titik2 kat muka tiap2 malam bagi tampak muda balik...

walaupun umo dah lanjut, takpe janji muka kita masih anjal dan muda... agitttewww...
meskipun suara dah serhoper mesin tebu bila berusia...

Quote sleepandream 12-6-2023 12:47 AM
sheols nyanyi live skrg semput...
semoga murah rezeki berniaga
Quote doubleA 12-6-2023 12:59 AM
Semoga baik2 je shima. Sampai kena pakai pampers tu masak2 ok ke. Shima yg legend ni pun bekerja keras guna tulang 4 kerat, generasi skg nak sng buat review ke jual air liur, instafemes dan jual biskut kilang mana entah harga yahudi punya nak kaya cepat mudah
Quote Rachel_Green 12-6-2023 07:20 AM
semoga Allah murahkan rezeki kak shima..semoga disembuhkan semua penyakit..tone suara kak shima ni tak der sapa boleh tiru..ala2 selsema yg sedap didengar..semua lagu2 nyanyian kak shima iols suka.
Quote vanillaninja 12-6-2023 08:31 AM
54 dah sheols eh. Sheols masih bersuami kan? Macam agak chronic jugak kalau kena pakai diapers?
Quote lucky_peace 12-6-2023 08:45 AM
Teringat lak bisnes makanan western ke arab dia yg mahal betul harganya. Apa pun, semoga dipermudah urusan kak shima sekeluarga.
Quote myakayina 12-6-2023 08:48 AM
semoga dimurahkan rezeki buat shima dan keluarga..
Quote umbut 12-6-2023 08:55 AM
Dulukan jual western food harga kayangan pastu lingkup
Quote Burong_Hantuk 12-6-2023 12:23 PM
ratu botoxxxxx
Quote Burong_Hantuk 12-6-2023 12:24 PM

Quote cicicumel 12-6-2023 12:45 PM
Sheol dgn Ella bff x?
Quote pavlovachoc 12-6-2023 01:52 PM
Ada anak x dia

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.057186 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top