Tular sebuah video yang memaparkan seorang gadis pengsan gara-gara dilempang oleh teman lelakinya. Rakaman berdurasi 30 saat tersebut dikongsikan menerusi aplikasi TikTok oleh @AbangSejukBeku.
Katanya, gadis bertudung hitam dalam rakaman itu dipercayai pengsan gara-gara dilempang oleh teman lelakinya (berbaju putih). Suasana seketika menjadi kalut bila mana pengunjung lain di sana cuba menyedarkan gadis berkenaan. Si lelaki yang awalnya bertindak kasar juga dilihat agak cemas di sisi teman wanitanya.
Simpati dengan nasib di gadis, mereka menasihati untuk tidak meneruskan hubungan itu. Jika zaman bercinta pun sudah berani berkasar, mereka risau ia bertambah teruk selepas berkahwin. Khuatir dengan keselamatan anak muda itu, ramai juga yang mencadangkan laporan polis dibuat dengan kadar segera. Sumber: Kisah Dunia |
jazaa100 replied at 12-6-2023 05:28 PM
Dia terlalu baik....bertsnggungjawab & ambil berat hal saya ...
Salah saya sbb memlawan ckp dia har ...
ADVERTISEMENT