Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri lega apabila anak bongsunya, Luqman Al Haqeem yang dimasukkan di sebuah pusat perubatan selama 12 hari sudah sembuh. Sebelum ini, Luqman disahkan dijangkiti dua jenis virus iaitu Respiratory Syncytial Infection (RSV) dan Adenovirus yang mengakibatkan penurunan oksigen secara mengejut.
Katanya, sepanjang tempoh itu dia sukar memberi fokus kepada perniagaannya kerana bimbang memikirkan Luqman yang sedang sakit. "Syukur Alhamdulillah setelah 12 hari Luqman di hospital, akhirnya dia sembuh. "Susah hati sebenarnya dan sukar untuk saya fokus pada bisnes bila memikirkan anak sedang sakit," katanya. Aliff berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad. Menerusi perkongsian itu, Aliff dan anak-anaknya menyambut kepulangan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dan Luqman dari hospital sambil mengucup dahi anaknya yang baru berusia dua bulan itu. "Rindu nak kumpul semula. Anak-anak pun dah rindu adik mereka. Gembira sangat kami sekeluarga. "Terima kasih kepada doktor dan semua yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan anak saya. Semoga Allah membalas kebaikan anda,” ujarnya. Untuk rekod, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007. Selain Luqman yang dilahirkan pada April lalu, pasangan ini turut dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT