CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Reda Umi Pergi Buat Selama-Lamanya'

11-6-2023 12:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1883| Komen: 15

Bachok: "Saya reda umi pergi buat selama-lamanya," demikian luahan ringkas pelajar 11A, Muhammad Syahril Saidi, 18, ketika ditemui di rumahnya.

Ibu Muhammad Syahril, Allahyarhamah Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar jam 8.20 malam tadi.


Muhammad Syahril ketika ditemui, enggan ditemubual kerana masih terkejut dan bersedih dengan pemergian ibunya.

Syahril menerima pelukan dan ucapan takziah Mohd Syahir ketika melawat keluarga pelajar itu yang kematian ibunya di Kampung Kandis, Bachok.- Foto NSTP/Nor Amalina Alias

Turut hadir menziarah keluarga Muhammad Syahril adalah Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman.

Ahli keluarga pelajar itu, Zainab Othman, 58, berkata, cucu saudaranya pernah meluahkan perasaan mengenai tumpuan media dan orang ramai terhadap dia dan ibunya.


"Mereka dah derita lama. Saya beritahu cucu (Syahril) mungkin ini cara Allah angkat darjat awak dan arwah ibu," katanya ketika ditemui di rumah sewa pelajar itu di Kampung Kandis, di sini, hari ini.

Jenazah Allahyarhamah Tuan Faridah, disolatkan di Masjid Pondok Moden, Kandis sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lati.

Terdahulu, kisah Muhammad Syahril tular selepas pengorbanan pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang itu menjaga ibunya yang terlantar sakit, namun berjaya memperoleh keputusan semua A dalam SPM yang diumumkan, Khamis lalu.

Muhammad Syahril menerima keputusan SPM daripada pihak sekolah yang hadir ke rumahnya kerana dia tidak dapat ke sekolah disebabkan perlu menjaga ibunya yang tidak sihat disebabkan menghidap penyakit angin ahmar sejak 2019.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 11-6-2023 12:41 PM
Hujan sudah reda

Sy redha umi pergi

Soalan spm 2024
Quote pooh~key 11-6-2023 01:02 PM
Babi khen dewan pustaka dan pooki ni dek? Tak sedar diri pinjam bahasa arobbb gayyytuh sis. Dah elok2 redha, dia suruh pakai reda dek. Anjing kau dewan pooki dan pustaka.
Quote Lentera 11-6-2023 01:57 PM
Wartawan ni buat keje x abis. Include la family background budak tu. Sape ayahnya, keje apa.. Berapa org adik beradik, sewa umh berapa hinggit. Tu semua netizen perlu tau supaya dpt meletakkan level simpati yg tepat, x lebih x kurang. Apa pun takziah
Quote Tinot7 11-6-2023 02:03 PM
Takziah kpd keluarga...
Quote Buritan 11-6-2023 02:41 PM
pooh~key: Babi khen dewan pustaka dan po ...




Baiknya budak ni sis.. moga syurga utk mak nya dan dia juga..lepas ni prjlnanan hidup dia sgt sgt mudah
Quote Suchi 11-6-2023 03:21 PM
Buritan replied at 11-6-2023 02:41 PM
Baiknya budak ni sis.. moga syurga utk mak nya dan dia juga..lepas ni prjlnanan hidup dia sgt sg ...

Dia jaga arwah mak dia ke selama ni?
Kalau dia sambung belajar takde org lain ke akan jaga mak dia tu?
Quote Buritan 11-6-2023 03:37 PM
Suchi replied at 11-6-2023 03:21 PM
Dia jaga arwah mak dia ke selama ni?
Kalau dia sambung belajar takde org lain ke akan jaga mak di ...

Ye Le kot agaknyaaa.. Kita pun tak kenal dia sebenar benarnyaa
Quote delia3003 11-6-2023 04:41 PM
Lentera replied at 11-6-2023 01:57 PM
Wartawan ni buat keje x abis. Include la family background budak tu. Sape ayahnya, keje apa.. Berapa ...

Kalau ikut artikel lain, arwah ibu tunggal besarkan 6 anak selepas kematian suami tahun 2012.
Quote bakingsoda 11-6-2023 06:48 PM
Suchi replied at 11-6-2023 03:21 PM
Dia jaga arwah mak dia ke selama ni?
Kalau dia sambung belajar takde org lain ke akan jaga mak di ...

kakak atas dia tak sambung belajar sbb jaga mak, jd kalau mak dia hidup lagi kemungkinan adik ni pon tak sambung jugak. kan asal usul viral pon sbb adik ni tak dapat pegi amik result sendiri sbb jaga mak dia jd cikgu2 yg datang hantar kat rumah.
Quote tikusmontok 11-6-2023 07:34 PM
Mak dia pergi lps dpt tahu result cemerlang anak, tentu mak dia sentiada mendoakan kejayaannya
Quote Decaffeinated 11-6-2023 11:29 PM
tikusmontok replied at 11-6-2023 07:34 PM
Mak dia pergi lps dpt tahu result cemerlang anak, tentu mak dia sentiada mendoakan kejayaannya

apasal pulak? lepas dapat tau terkejut ka apa....


Quote Rogue98 11-6-2023 11:45 PM
Rasanye lepas ni rezeki budak ni mencurah2 masuk...insyallah. Semoga Allah rahmati roh arwah ibunye.
Quote honeybee1802 12-6-2023 01:19 AM
bakingsoda replied at 11-6-2023 06:48 PM
kakak atas dia tak sambung belajar sbb jaga mak, jd kalau mak dia hidup lagi kemungkinan adik ni p ...

Dia bergilir dgn kakak dia kan..pagi2 dia mandikan mak dia..bukan senang nak mandikan bedridden sbb stroke ni...adik2 beradik lain mungkin huluq2 la skit sorang...
Quote matjerk 12-6-2023 01:37 AM
Lentera: Wartawan ni buat keje x abis.  ...


I cuma nak tahu details yg dia ambik... berapa A+  A, or A-.. n dia aliran apa... ada sape2 tau?
Quote sayurmayur88 12-6-2023 10:56 AM
ejaan REDO tu ;
REDA (as in hujan)
REDHA (bunyi2 arab)

?????

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.100670 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top