CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Konsert Terakhir Ella

11-6-2023 11:52 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5964| Komen: 202

Ratu Rock, Ella menerima pengiktirafan 'Most Concert Tickets Sold Out: 10,000 Tickets in 24 Hours' oleh Malaysia Book of Records.

Pengiktirafan itu diberikan kepada Ella selepas Konsert Jilid Akhir Ella: Puteri Kota, yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi. 


"Saya bangga atas penghormatan dan penghargaan daripada peminat dan saya ucapkan terima kasih," katanya. 


Ella juga menjelaskan bahawa ini bukanlah konsert terakhirnya seperti yang dianggap banyak pihak. 

"Ini bukan konsert terakhir saya, sebaliknya cerita mengenai konsert ini akan menjadi pelengkap jilid terakhir dalam buku saya yang akan dikeluarkan nanti," katanya. 

Dalam konsert sempena 35 tahun kerjaya Ella itu, dia mempersembahkan lagu-lagu popularnya sejak awal pembabitannya dalam arena muzik tanah air.

Tidak sekadar menghiburkan peminat dengan persembahan solo, Ella turut tampil berduet dengan suaminya, Azhar Ghazali menerusi lagu Peace Love Rindu serta legenda rock tanah air, Datuk Amy Search menerusi lagu Dua Insan Bercinta.


Konsert Jilid Akhir Ella: Puteri Kota diadakan selama dua malam berturut-turut iaitu malam tadi dan malam ini.

Turut hadir memberikan sokongan adalah rakan-rakan artis antaranya, Ziana Zain, Misha Omar, Noryn Aziz, Datuk Sheila Majid dan ramai lagi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jajuli 11-6-2023 12:00 PM
Konsert dapat sambutan dah tentu byk masyuk bodohlah kalau konsert terakhir
Quote dudaberhias 11-6-2023 12:04 PM
memang masyuk acik ella... dah la suara sheols masih sedap...
takde berubah lagipun suara meskipun dah berusia...

sebab penyanyi lain usia sheols ada yang suara dah berubah contohnya acik eton sameon... suara dah serhoper mesin tebu gittuhhh...

Quote DragonSari 11-6-2023 01:00 PM
Aku gi yg mlm ni pya..x sabar
Quote Burong_Hantuk 11-6-2023 02:28 PM
moga terus success
Quote sleepandream 11-6-2023 02:29 PM
yer suara sheols menten yach... mcm telan kaset set2 ezad lazim gituhh...
btw malaysia book of record taknak bg pape ke kat nek ani? projek konsert paling lama dalam sejarah
Quote rosevelvet 11-6-2023 02:34 PM
sleepandream replied at 11-6-2023 02:29 PM
yer suara sheols menten yach... mcm telan kaset set2 ezad lazim gituhh...
btw malaysia book of reco ...

Suara ezad mmg best yer. X terlalu nyaring. Mmg masuk ngn lagu2 exist. Lagu exist pun sedap sbb ezad nyanyi. Mmg x puas didengar
Quote syidasaleh 11-6-2023 02:39 PM
DragonSari replied at 11-6-2023 01:00 PM
Aku gi yg mlm ni pya..x sabar

Smlm ella cakap geng duet dia lain2. Smlm tok amy. Hari kalau dapat tok awie jackpot sistur. Boleh mtk baldu biru
Quote syidasaleh 11-6-2023 02:41 PM
sleepandream replied at 11-6-2023 02:29 PM
yer suara sheols menten yach... mcm telan kaset set2 ezad lazim gituhh...
btw malaysia book of reco ...

Lama terperam. Lama tiket tak terjual. Rege tiket nek ani tak terjangkau dek akal ye. Ella pun masih mampu milik.FT yang orang cakap keras tu tak semahal nek ani. Nek ani level2 CP
Quote Denco 11-6-2023 02:57 PM
dudaberhias replied at 11-6-2023 12:04 PM
memang masyuk acik ella... dah la suara sheols masih sedap...
takde berubah lagipun suara meskipun d ...

Klu dengo suara pojiah latif lagi la...silap² dh mcm motobot rosak
Quote hotmak 11-6-2023 03:01 PM
best gila, tak byk bercakap, nyanyi je, 3 jam tu suara tak pancit pun
Quote cikenit2007 11-6-2023 03:25 PM
rosevelvet replied at 11-6-2023 02:34 PM
Suara ezad mmg best yer. X terlalu nyaring. Mmg masuk ngn lagu2 exist. Lagu exist pun sedap sbb ez ...

Yer..sedap gile time live..suara ezad lazim
Quote Denco 11-6-2023 04:07 PM
X sabarrrrr mlm ni... Love u Ellaaaa hahah
Quote captainQUE 11-6-2023 04:33 PM
Tak puas dengan konsert malam tadi… nak lagi

Tapi tanak pegi malam ni Sebab takut arrangement sama
Quote fadz84 11-6-2023 04:47 PM
Pecite smlm... nmpk org share kat twitter kena sidai sejam.. konsert mula lambat ke?
Quote scrocth 11-6-2023 05:30 PM
fadz84 replied at 11-6-2023 04:47 PM
Pecite smlm... nmpk org share kat twitter kena sidai sejam.. konsert mula lambat ke?

Konsert mula 8.45mlm tp pintu dh bukak since 6 lebih. Ramai jer yg solat dkt kaki lima dlm stadium tu. Yg rock zone mestilah berebut nak berdiri plg dkt dgn stage kan? Tu yg dorg xleh gi mana2 kot?
Quote JunkMail 11-6-2023 05:31 PM
captainQUE replied at 11-6-2023 04:33 PM
Tak puas dengan konsert malam tadi… nak lagi

Tapi tanak pegi malam ni Sebab takut arrangement s ...


Aku pun takleh move on dgn ellllllllllaaaaa malam tadi. Rasa nak repeat tapi kang arrangement sama nyesal pulak .. feel dah tak sama dgn semalam.

Best gila acik ella perform walau tak pandai borak..
Aku terhibur
Quote dudaberhias 11-6-2023 05:34 PM
Denco replied at 11-6-2023 02:57 PM
Klu dengo suara pojiah latif lagi la...silap² dh mcm motobot rosak

silap2 pasang mesin tebu kat dalam rumah masa tido lagi lena gittuhhh kaka kan...


Quote edayildiz 11-6-2023 05:38 PM
shdeappp lg sora diaaaaa
laki dia pun blh nyanyi jgkkk smlm
Quote fadz84 11-6-2023 05:53 PM
Kiranya jualan ticket konsert penyanyi bernombor pun kalah la ye ngn acik Ella?

Lihat semua komen(202)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.053123 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top