CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharnaaz Ahmad Tak Kejar Anugerah, Cukup Diingati 'Villain' Paling Hebat

11-6-2023 11:48 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2233| Komen: 48

Muncul membawakan watak 'villain' dalam filem Polis Evo 3, pelakon, Sharnaaz Ahmad sama sekali tidak mengejar anugerah untuk dimenangi.

Tidak dinafikan, wataknya sebagai Reza menerusi naskhah tersebut berjaya menarik perhatian penonton dengan lakonan mantap dan berkesan.



Baginya, sudah cukup sekiranya penonton mengingati lakonannya sebagai 'penjahat sempoi'. 

"Saya tak mahu anugerah-anugerah ni. Bagi saja budak-budak (pelakon) baru ni semua. Saya tak mahu anugerah, jujur cakap kerana bukan itu (anugerah) yang saya kejar pun.

"Bukan pencapaian itu (anugerah) yang saya nak. Saya cuma nak saya diingati sebagai 'villian' yang paling hebat di Malaysia, itu saja.

"Tak payahlah bagi anugerah, saya tak mahu. Saya minta ingatlah saya sebagai penjahat Malaysia yang sempoi," katanya kepada Harian Metro.


Mengulas penerimaan baik penonton terhadap watak Reza itu, Sharnaaz berkata, dia tidak menyangka 'villain' akan disayangi penonton walaupun bertindak kejam.

"Saya memang tak sangka orang boleh sayang 'villain' pula. Sebab 'villain' selalunya akan dibenci, contoh macam watak Sarip Dol. Tapi, mungkin sebab penceritaannya mengisahkan seorang suami yang kehilangan isteri.

"Penerimaan baik penonton pada lakonan saya dalam Polis Evo 3 sangat bermakna. Bagi saya, orang (penonton) dah sayang saya dari segi lakonan pun cukup terima kasih dan syukur banyak. Itu saja yang saya minta," katanya.

Polis Evo 3 arahan Syafiq Yusof hingga kini sudah mencatat kutipan 'box office' sebanyak RM45 juta.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 11-6-2023 12:15 PM
villain paling borrrrring

Quote hidet 11-6-2023 12:17 PM
heythere123 replied at 11-6-2023 12:15 PM
villain paling borrrrring

Cukup villain tak mcm John Abraham dalam Ek villain returns
Quote I.K.A888990 11-6-2023 12:33 PM
hebat ke?
mcm syok sendiri je
Quote ezacbee 11-6-2023 12:43 PM
Sapa lagi nak puji selain diri sendiri...

Quote inspektoremos21 11-6-2023 12:46 PM
Engko in real life pun memang 'villain' jugak kan
Quote azurro 11-6-2023 12:52 PM
Cakaplah takdak job lepas kobit ni ramai poket kering, kan senang, ramai lagi yg harap dapat job belakon ni, senang terus terang.. Watak jahat pun sebat je.... Janji masyukk....
Quote primarikey 11-6-2023 12:57 PM
Best ke filem ni
tak teringin nk tgk sbb ada zizan
Aku p tgk cite transformers ngn the boogeyman je
Quote weezerfan 11-6-2023 01:02 PM
Villain paling kepam
Quote dudaberhias 11-6-2023 01:18 PM
masalahnya takde sape pun ingat watak kepam penuh sabut nyoq ko tu... yang juvana tu pun orang ingat2 lupa... yihhh... perasan sungguh pelakon sendu seko ni...

dah la berlakon aksi pun kaku kayu jah...

Quote heythere123 11-6-2023 01:24 PM
hidet replied at 11-6-2023 12:17 PM
Cukup villain tak mcm John Abraham dalam Ek villain returns

alamak iols tak tengok pulak movie yg chuols mention tu. Tapi mamu memang boring sangat jadi villain, nothing new gittew.

dah la tak hensem
Quote Aneem 11-6-2023 01:29 PM
Villain paling hebat? Dlm mimpi saja
Kau punya level tak setaraf org jahat dlm evo 1 dan 2.
Dgn suara mekik2 kau, annoying dohh
Quote BoongaKertas 11-6-2023 01:44 PM
sbb in real life pun mulut boleh tahan (based on gaya bahasa dia kat socmed and iv)
Quote mawardia 11-6-2023 02:18 PM
Eh pineapple. Org kalau boleh lagi nak diri tu diingati dgn hal-hal yg murni ja. Pasaipa hang nak org kenang hang sebagai villain pulak?
Quote tomaz 11-6-2023 02:20 PM
Menyampah la dia ni.. acah2 bagus
Quote heythere123 11-6-2023 02:20 PM
Aneem replied at 11-6-2023 01:29 PM
Villain paling hebat? Dlm mimpi saja
Kau punya level tak setaraf org jahat dlm evo 1 dan 2.
Dgn suar ...

villain PE1 & PE2 both ada memorable scenes kan. Masing2 pun ada catchphrase yang buat penonton sentiasa teringat.

Yang PE3 ni memang takde langsung. Pendek kata gagal la villain PE3 ni
Quote Burong_Hantuk 11-6-2023 02:25 PM
jambang kepam syok sendiri
Quote apalancut 11-6-2023 02:26 PM
jangan poyo sangat. Villain paling hebat adalah Thanos
Quote Realpeople17 11-6-2023 02:28 PM
Puihh puihhh puihhhhh puihhhhhhhhhhh!
Quote AbdulSmokeyy 11-6-2023 02:59 PM
Aku tengok sedutan kt sosmed yg ko terpekik2 mcm pondan tua tu pun dh tau boring..acah sgt la ko ni mamu! Nasib la sangkut jgk dpt berlakon film anak2 tok sop atas usaha gigih ko membodek, skrg duk bodek mas hanung lak, ko terinspirasi ngan sapa ni? Villain paling hebat X Pembodek paling hebat ✓

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.166429 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top