Lima: Lebih 3,400 wanita dilaporkan hilang di Peru, antara Januari dan April tahun ini, lapor Pejabat Ombudsman, pada Sabtu. Dalam laporan pejabat itu yang bertajuk - 'Apa yang berlaku kepada mereka?' - empat bulan pertama 2023 menyaksikan 3,406 aduan wanita hilang difailkan. Hanya 1,902 ditemukan, dan 1,504 masih hilang, menurut laporan berkenaan.
"Situasi Peru... mengenai kehilangan akan diklasifikasikan sebagai situasi bahaya yang akan berlaku," kata Isabel Ortiz, Timbalan di Pejabat Ombudsman. "Negara tidak mengambil tindakan untuk menghalang jenis peristiwa ini yang berlaku setiap tahun di negara yang mempunyai 33 juta penduduk itu. "Negara tidak menjadikan isu kehilangan wanita itu yang kebanyakannya penculikan dan berkaitan pemerasaan sebagai agenda keutamaan," katanya. Pada 2022, lebih 5,380 wanita, kebanyakannya gadis dilaporkan hilang, angka 9.7 peratus lebih rendah daripada 2021.
Menurut pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) feminis, polis dan pejabat pendakwa tidak melakukan siasatan yang mencukupi dalam banyak kes kerana mereka percaya wanita itu melarikan diri secara sukarela. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT