CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tajaan JPA Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi Dihentikan

10-6-2023 10:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4561| Komen: 92

Kuala Lumpur: Kerajaan menghentikan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi berikutan kajian Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran mulai tahun 2026 hingga 2030.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata Laporan Petunjuk Kesihatan 2022 melaporkan pencapaian nisbah jumlah keperluan tenaga kerja perubatan seluruh negara kepada jumlah populasi penduduk sehingga Disember 2021 adalah 1:420 dan dijangkakan nisbah 1:400 akan dapat dicapai pada 2025.

Bekalan pegawai pergigian dan pegawai farmasi akan memenuhi keperluan permintaan masing-masing pada tahun 2025 dan 2029. -Foto hiasan NSTP

Katanya, bekalan pegawai perubatan pada tahun 2021 dicatatkan berjumlah 72,812, berbanding permintaan iaitu berjumlah 70,721.


"Bekalan pegawai pergigian dan pegawai farmasi akan memenuhi keperluan permintaan masing-masing pada tahun 2025 dan 2029.

"Dalam hal ini, pelajar dalam tanggungan JPA tetap akan ditaja sehingga tahun 2027," katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di portal Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Wan Saifulruddon Wan Jan (PN-Tasik Gelugor) berhubung alasan kenapa kerajaan menghentikan penajaan JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

Armizan berkata, dijangkakan seramai 1,774 pelajar perubatan tajaan JPA akan menerima pengijazahan pada tahun 2023 dan diikuti oleh 69 pelajar pergigian serta 296 pelajar farmasi.

Katanya, seramai 2,029 pelajar perubatan, 68 pelajar pergigian dan 184 pelajar farmasi yang lain, akan menerima pengijazahan mulai tahun 2024 hingga 2027.

"Statistik ini bukti komitmen JPA dalam menaja pelajar walaupun akan berlakunya kebanjiran pegawai perubatan mulai tahun 2026 hingga 2030.

"Prinsip penajaan JPA menekankan penyerapan pelajar tajaan ke dalam perkhidmatan awam menamatkan pengajian dengan jayanya," katanya.

Tambahnya, dalam hal itu, kajian yang dilaksanakan KKM mendapati terdapat kesukaran untuk menyerap keseluruhan pelajar perubatan tajaan kerajaan ke dalam perkhidmatan awam.

"Melalui langkah ini juga, JPA dapat memberikan penajaan lebih efektif kepada lebih ramai pelajar dalam bidang yang lain.

"Sebagai makluman, kos penajaan seorang pelajar perubatan adalah bersamaan dengan kos penajaan untuk 10 pelajar dalam bidang yang lain," katanya.

Sehubungan itu, Armizan, berkata pelajar bidang perubatan boleh mendapatkan pembiayaan pengajian daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tanpa ikatan kontrak berkhidmat.

"Ini memberikan ruang dan fleksibiliti kepada pelajar perubatan dalam pemilihan institusi pekerjaan dan pelanjutan pengajian dalam bidang kepakaran pada masa akan datang," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 10-6-2023 10:44 PM
subsidi ditarik,tajaan ditarik..TETAPI....PATI tahanan imigresen akan dapat makanan berkhasiat..itu janji kami kpd bapak....
Quote Lentera 10-6-2023 10:51 PM
Elok la tak payah taja. Hujung2 diorg keje obesi gak sbb sana gaji lagi mahai. Lagipun PTPTN kan ada, bagi chance la diorg merasa bayar hutang mcm students course lain. Apa guna gaji mahai
Done mode dengki kat bdk medic
Quote kemaruk 10-6-2023 10:51 PM
pelican

bajet tertinggi dalam sejarah, RM380 bilion

tapi sasbadi ditarik selow selow

rakyat dapat ape ntah

zaman najib bajet dalam 250 bilion jah

tapi projek jalan kiri kanan atas bawah depan belakang

rakyat dapat macam2 bantuan

pelican
Quote Rdizz 10-6-2023 10:58 PM
Bodohnya menteri ni, ada ke ratio doktor:rakyat 1:420 tu dah elok, puas hati?

Kat mana yg banjirnya doktor perubatan? Memang la nmpk banjir sebab hospital baru tak buat, hospital lama berkurun tu ja yg ada. Habis yg rakyat terpaksa menunggu dr subuh sampai asar nk dpt rawatan di hospital kerajaan tu tak banjir? Bkn takat banjir, malapetaka dah. Treat rakyat hina sgt mcm tak ada hak nk dpt medical facility, padahal cukai ambik drp rakyat. Apa punya menteri, elok PH pecat ja kepala otak mcm ni.
Quote antikorok 10-6-2023 11:09 PM
Edited by antikorok at 11-6-2023 01:44 AM

Tahiniah buat stoodents IPT yg nak tukar gomen hari tuhhh.
Gumbira tak dengan pengumuman yinni? Pasti bertepok bersorak sambil mengucapkan cukorrrr gayytohhh dengan pengumuman yinni kerna gomen terpaling rahmah lagik permaidani terbang membela naseb stoodent ha gaytohhh

Minta mansuh PeeTeePeeTeepuu, ujong2 tajaan JPA 3 program yang mansuh

Ibaratnyeh emas yang dikejar tak dapek, taheek yg dikendong berciciran ha gaytohhh



Quote ipanimanz1 10-6-2023 11:10 PM
Mcm mana x banjir. Tutupla course medic kt u swasta dlm malaysia ni. Lpas tu beku kan pelajar medic luar negara yg ditanggung ibu bapa. Bersepah2 xdak kualiti. Tanya nama ubat pun xtau mnatang apa. Ckp melayu pun tgagap2. SPM dpt ceroi pun buleh jd doc. Yg dpt scholarship jpa ja diteruskan. Hat belanja sdri sila beku kan.
Quote Minami2013 10-6-2023 11:24 PM
Lepas ni doc kat malaysia golongan student so-so je la yg mak pak mampu nak hanto study.
Quote silencekiller 10-6-2023 11:29 PM
Kasihan generasi muda yg ada potensi.. dinafikan hak oleh KERAjaan madanon yg acah2 kununn pembela rakyat no wahid waktu pembangang..

Bila dah jadi KERAjaan, apa pun tarak.. makin teruk ada laa.. Waliwat & Waliwati jaa perasan kununn pemimpin2 pojaan depa "bijak2" belaka.. ujung2 sampah yg dapat..
Quote Tinot7 10-6-2023 11:55 PM
ipanimanz1 replied at 10-6-2023 11:10 PM
Mcm mana x banjir. Tutupla course medic kt u swasta dlm malaysia ni. Lpas tu beku kan pelajar medic  ...

Menda tu dah bertahun2 berlaku.. tak rasa deme akan hentikan sbb pasti antara deme2 tu, ada yg benefit..
Quote sharlenetexas 10-6-2023 11:56 PM
Doktor ptptn


Quote HaroldRice 11-6-2023 12:09 AM
Artikel berita ini menyoroti perkembangan menarik di Malaysia mengenai keputusan pemerintah untuk menghentikan ponsorship Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bidang perubatan, pergigian, dan farmasi. Keputusan ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), yang meramalkan kelebihan bekalan pegawai perubatan dari tahun 2026 hingga 2030. Laporan tersebut juga menyebut pencapaian nisbah keperluan tenaga perubatan yang diinginkan terhadap jumlah penduduk menjelang tahun 2025.
Quote HaroldRice 11-6-2023 12:16 AM
Di manakah doktor perubatan yang melimpah ruah? Nampak seperti banjir kerana tiada hospital baru dibina, dan hanya hospital lama dari bertahun-tahun yang lalu yang tersedia. Akibatnya, rakyat terpaksa menunggu berjam-jam di hospital kerajaan hanya untuk menerima rawatan. Ini bukan sahaja masalah kesesakan, ini adalah bencana. Cara rakyat diperlakukan sangat memalukan, seolah-olah mereka tidak mempunyai hak untuk mendapatkan kemudahan perubatan yang sewajarnya, walaupun cukai mereka menyumbang kepada sistem ini. Tindakan menteri ini mengecewakan. Kerajaan terdahulu sepatutnya mengambil langkah yang sesuai untuk menangani isu ini.
Quote Royal_Griffith 11-6-2023 12:18 AM
Apa situasi yang sukar, tetapi diperlukan.
Quote dua_chzy 11-6-2023 01:12 AM
Wah....

Menabung la weols mak pak jika mahu anak2 ambik bidang2 medik.
Quote dua_chzy 11-6-2023 01:13 AM
HaroldRice replied at 10-6-2023 04:16 PM
Di manakah doktor perubatan yang melimpah ruah? Nampak seperti banjir kerana tiada hospital baru dib ...

Bernas sekali pendapat sedara.
Quote kitaserupaaa 11-6-2023 01:21 AM
Kecewa student2 cemerlang 9a+, 10a+ yg mmg sungguh2 studi utk amik medic. Try cari tajaan lain mcm mara ye
Quote anony-mous 11-6-2023 02:10 AM
Actually boleh stop keseluruhan bidang yg melibatkan sains kesihatan including biomedical, nursing, radiographer etc etc. Stop semua sbb berlambak x ada kerja and kalau ada, gaji too F low
Quote anony-mous 11-6-2023 02:12 AM
ipanimanz1 replied at 10-6-2023 11:10 PM
Mcm mana x banjir. Tutupla course medic kt u swasta dlm malaysia ni. Lpas tu beku kan pelajar medic  ...

Betul jgk apa uols ckp. Dari dlu netizen dah bising. Stop course medic dkt uni swasta tp kerajaan xberani sbb kwn2 diaorang jgk yg buka uni tu.

Cuma i ada kwn yg x berapa excel during matric tp decide sambung medic dkt swasta. Tp dia punya passion tu melebihi doc jpa.
Quote anony-mous 11-6-2023 02:16 AM
HaroldRice replied at 11-6-2023 12:16 AM
Di manakah doktor perubatan yang melimpah ruah? Nampak seperti banjir kerana tiada hospital baru dib ...

Betul ni. Ada hospital yg dah 10thn , lebih pon ada tp x lulus2 nak jalan. Asal tukar gomen je projek pending. Cm sial. Dah la nk bina lama kemain. Bangang ya amat. Potong jah elaun xperlu utk menteri2 tu. Anggap je sedekah bina hospital. Klau potong, dpt la dlm 5-10bijik sepital. Patutnya syarat jd menteri n ahli parlimen, xdibenarkan dpt rawatan dia hospital swasta. Kena dptkan di sepital gov. Layak was kelas 1 klau emergency. Takat sakit demam biasa2 pegi wad kelas 2. Tgk sendiri mcm mana busy hospital. Parking xde.

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.048446 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top