CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh, Potong, Rebus Kekasih

10-6-2023 10:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1467| Komen: 21

New Delhi: Polis di India menahan seorang lelaki kerana didakwa membunuh kekasihnya di rumah mereka, memotong badan mangsa menjadi beberapa bahagian dan merebusnya di dalam periuk tekanan (pressure cooker).


The Straits Times melaporkan, insiden itu terbongkar selepas seorang jiran menyedari bau busuk yang dari unit pangsapuri di tingkat tujuh sebuah bangunan, milik suspek, Manoj Sane, dan memaklumkannya kepada polis, Rabu lalu.

Apabila polis tiba dan memecahkan pintu rumah itu, mereka menemui bahagian badan mangsa di dalam beberapa baldi, dan bahagian lain dihancurkan dalam pengadun dan direbus dalam periuk tekanan.

Polis mengesyaki Manoj Sane (kiri) membunuh Saraswati Vaidya. FOTO Agensi

Polis berkata, bahagian mayat itu dikenal pasti sebagai kekasih Manoj iaitu Saraswati Vaidya, 32, dan mengesyaki pembunuhan itu berlaku awal minggu ini.


"Lelaki itu dipercayai membunuh pasangan kekasihnya dan membelah badan mangsa menggunakan pemotong pokok. Bahagian tubuh (mangsa) dihantar ke hospital untuk siasatan lanjut," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Mumbai, Jayant Bajbale.

Manoj, 56, ditahan pada Rabu dan akan direman sehingga 16 Jun ini.

Jiran memberitahu media bahawa mereka tidak mendengar pasangan kekasih itu bergaduh.

Polis berkata, Manoj merebus cebisan badan pasangannya untuk menghilangkan bau busuk dan memasukkannya ke dalam beg plastik untuk dilupuskan.

Media India melaporkan bahawa apabila disoal siasat, Manoj mendakwa Saraswati, yang dibesarkan di rumah anak yatim, membunuh diri dengan memakan racun.

Menurut Manoj, didorong oleh kebimbangan bahawa dia boleh didakwa bersubahat dalam pelakuan membunuh diri itu menyebabkan dia cuba membuang mayat Saraswati dengan memotong mayat wanita itu.

"Dia juga memberitahu polis bahawa Saraswati memutuskan untuk menamatkan hidup dan tidak menyesalinya," lapor agensi berita ANI dan polis sedang mengesahkan dakwaan Manoj itu.

Polis berkata, Saraswati sering mengunjungi kedai runcit tempat Manoj bekerja dan mengenalinya dengan baik.

Menurut NDTV, mereka berkawan rapat sejak 2014 dan mula tinggal bersama pada 2016. Mereka berpindah ke pangsapuri sekarang, tiga tahun lalu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 11-6-2023 12:01 AM
Nyawa manusia mcm dah tak ada nilai. Senang2 je dia bunuh orang.
Quote liyamariska 11-6-2023 05:43 AM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental tiada perikemanusiaan...
Quote nolya 11-6-2023 05:35 PM
Mr Bean India ke tu?
Quote Decaffeinated 11-6-2023 08:29 PM
liyamariska replied at 11-6-2023 05:43 AM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental tiada perikemanusiaan...

Tak. Sebab sekarang senang sangat nak cari konten berita dari seluruh dunia.

Quote KamikuP 13-6-2023 04:04 PM
Jeff Dahmer versi Tamil Naidu
Quote _blackbird 13-6-2023 05:01 PM
harap sis bipolar tak gini endingnya asik meratip multinick ke hulu ke hilir
Quote Kitty_catz 13-6-2023 06:14 PM
_blackbird replied at 13-6-2023 05:01 PM
harap sis bipolar tak gini endingnya asik meratip multinick ke hulu ke hilir

ko jangan..kang tiber masuk berita wehh.. dude kena kerat 18 , jadi rendang ayam-ph
Quote _blackbird 13-6-2023 11:48 PM
Kitty_catz replied at 13-6-2023 10:14 AM
ko jangan..kang tiber masuk berita wehh.. dude kena kerat 18 , jadi rendang ayam-ph

Ok la aman sikit hidup aku. Takda la di ke hulu ke hilir mcm bayang2 meratip tuduh sana tuduh sini multinick stinger. Aku punya hot cun melecun dia sama kan dgn jantan ketot. Ada ke patut. Choiii
Quote Kitty_catz 14-6-2023 01:12 PM
_blackbird replied at 13-6-2023 11:48 PM
Ok la aman sikit hidup aku. Takda la di ke hulu ke hilir mcm bayang2 meratip tuduh sana tuduh sini ...

laaa seyessss ang pun kena...? deme kata ang cun mcm angelina jolie masa she muda2 dulu , tup2 kena tuduh ang ada bebird...

meols masuk gak sbb nampak mcm bebenang hot.. tp ayoyo fenin la citer ulang2... tp ada yg melayan mmg jadi la berpage2... sok2 ongkata kita pun sama gila layan ongilerrr
Quote _blackbird 14-6-2023 02:10 PM
Kitty_catz replied at 14-6-2023 05:12 AM
laaa seyessss ang pun kena...? deme kata ang cun mcm angelina jolie masa she muda2 dulu , tup2 kena ...

hari ni dah senyap dah. mungkin dah start makan ubat balik kot tak pon dah berpijak di bumi nyata . atau pon dah kena kerat 18
Quote Kitty_catz 14-6-2023 03:02 PM
_blackbird replied at 14-6-2023 02:10 PM
hari ni dah senyap dah. mungkin dah start makan ubat balik kot tak pon dah berpijak di bumi nyata  ...

kohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

machiam2
Quote Bipolajourney 14-6-2023 06:26 PM
_blackbird replied at 13-6-2023 05:01 PM
harap sis bipolar tak gini endingnya asik meratip multinick ke hulu ke hilir

Insha Allah tidak. Salah tulisan tu, menulis berkaitan hacker yang memiliki multinick berbagai, berselindung disebalik multinick. Biasanya yang begini kalau berdepan dia akan lari tutup pintu rumah. Ni pengalaman aku lah.
Quote Bipolajourney 14-6-2023 06:28 PM
Kitty_catz replied at 13-6-2023 06:14 PM
ko jangan..kang tiber masuk berita wehh.. dude kena kerat 18 , jadi rendang ayam-ph

Yang makan ubat on time serta ada good insight tentang penyakit insha Allah tak jadi macam tu. Biasanya yang nampak nerd, pendiam, pemalu tapi hujung hujung mass shooting.
Quote Bipolajourney 14-6-2023 06:30 PM
_blackbird replied at 13-6-2023 11:48 PM
Ok la aman sikit hidup aku. Takda la di ke hulu ke hilir mcm bayang2 meratip tuduh sana tuduh sini ...

Menarik satu hal kerana tiada siapa mentioned bentuk fizikal hacker tersebut.
Quote dudaberhias 14-6-2023 10:38 PM
Bipolajourney replied at 14-6-2023 06:26 PM
Insha Allah tidak. Salah tulisan tu, menulis berkaitan hacker yang memiliki multinick berbagai, be ...

ye ker chuolss... pergi la berdepan kalau gitu... tunggu apa lagi chuolss...
so sekarang ni blackbird ni pulak stinger ke chuolss bukan iols kah? bukan ke chuolsss dok meratib iols stinger dan oyo miow kulu kilir...
hujung2 dah tak reply pun kat iolss... takkan chuolss takut dengan iolss...






Quote _blackbird 15-6-2023 10:26 AM
Bipolajourney replied at 14-6-2023 10:26 AM
Insha Allah tidak. Salah tulisan tu, menulis berkaitan hacker yang memiliki multinick berbagai, be ...

ooo gitu kisah nya, biasa nya org gila yg dahagakan perhatian ni in real life mmg loser, kepam, gemok. ini ikut pengalaman aku la.
Quote _blackbird 15-6-2023 10:33 AM
Bipolajourney replied at 14-6-2023 10:30 AM
Menarik satu hal kerana tiada siapa mentioned bentuk fizikal hacker tersebut.

oo yeke. mesti hari ni bekalan ubat dah habis kan. baca thread2 ko pon delusional much. fun fact, u not the center of the acik2 porum universe nokkkkk, eii tak kuasa acik2 porum nak bercerita pasal ko dan kawan2 ko. yg ni mmg lawak der..... halusinasi tahap ayah pin, dongak ke atas nampak kepala, tgk bawah bukit nampak kaki. ko sapa la hai, asset negara ke sampai gigih acik2 porum nak hack phone ko. wakakakaka sumpah lawak mcm hanjing.... daripada ko menceceh tak tentu hala, pagi ni gi mandi pastu gi buat report kat balai polis, skmm, kdn, kpdnkk, semboyan dan juga jgn lupa report skali kat ppim. aku pon tasabar nak tunggu polis angkut aku supaya aku boleh tau siapa identity ko yg sebenarnya huhuhu cepat lah report polis, aku dah tak sabar nak tau siapa org gila dlm porum ni.
Quote _blackbird 15-6-2023 10:53 AM
dudaberhias replied at 14-6-2023 02:38 PM
ye ker chuolss... pergi la berdepan kalau gitu... tunggu apa lagi chuolss...
so sekarang ni blackb ...

ikut turn kaka dud, aritu iols, pastu cuols, skang iols, sok sok turn cuols lagi aku tak boleh move on betul lah dia boleh claim acik2 porum hack phone dia dan kawan2 dia. tahap konpiden dan delusional dia maigooodddd,, ayah pin pon boleh turun dari langit
Quote dudaberhias 15-6-2023 10:59 AM
_blackbird replied at 15-6-2023 10:53 AM
ikut turn kaka dud, aritu iols, pastu cuols, skang iols, sok sok turn cuols lagi  aku tak bol ...

iyer gitulah gamaknyaaa orang gila sejenis indenial...nak jugak klem konon dia boleh berfikir waras sebab psychiatrist dia tulis dia layak untuk *judgement* dalam buku tu..
sekadar tulis *judgement* tak bermakna engko betul atau waras pun untuk klem orang multinick...

ahahaha esok mskantoilagi pulak jadi mangsa kena cop stinger... sebab dia dah aim dah tu...

dekat iols ni dia tak berani reply langsung dah sebab dia underestimate ingat orang tak mampu tag2 dia tahap sampai dia boleh meroyan sentap pergi balai report polis sebab dah tak tahan kena tuduh sebagai changa/vokuro... selama 3 hari kena tag terus sentap tak tag2 dah iols... sekadar dok screenshot lepastu tulis2 dan highlight sendiri je sampai penuh folder fon dia ahahahaha...

orang lain rilek jah tak keluar tenaga apa pun atau penuhkan memory nak screenshot ke edit kulu kilir... chuols panggil je dia changa/vokuro mengamuk la dia jap lagi...


Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.089307 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top