Ipoh: Lelaki diselamatkan bomba malam tadi selepas memasuki hutan berhampiran Meru Raya, di sini, selama enam hari akibat tekanan kerja dikatakan penghidap skizofernia dan halusinasi. Mengulas lanjut, Yahaya berkata, selepas memasuki hutan itu, lelaki terbabit mendapati dia sesat di hutan itu dan memerlukan bantuan kerana mengalami masalah sesak nafas sebelum menghubungi bomba untuk meminta bantuan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahya Hassan berkata, berdasarkan temu bual bersama mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), lelaki berusia 41 tahun itu menyatakan dia masuk ke hutan itu pada 3 Jun lalu kerana mahu tinggal bersendirian dan tidak suka untuk hidup bersama manusia. "Mangsa pernah rujuk doktor Psikiatrik di Hospital Kuala Lumpur tahun lalu dan dalam pengawalan ubat kerana mempunyai masalah skizofernia (halusinasi) namun mangsa itu berhenti mengambil ubat sejak Januari lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.
"Lelaki itu kini dalam keadaan stabil namun tekanan darahnya agak rendah kerana tidak makan selama kira-kira enam hari. "Polis sudah pun menasihati mangsa untuk tidak melakukan perkara yang akan mendatangkan kemudaratan selepas ini. Mangsa mengakui faham dan berjanji tidak akan mengulangi perkara seperti itu lagi," katanya. Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang memasuki kawasan hutan selama enam hari akibat tekanan kerja diselamatkan bomba selepas mangsa menghubungi talian kecemasan malam tadi. Sumber: Harian Metro
|
cashewnut replied at 10-6-2023 11:15 PM
Skizo susah nak baik tapi boleh control klu ubat makan, family support, exercise, terapi, org klilin ...
liyamariska replied at 11-6-2023 05:36 AM
ai cm rasa yg mamat ni mungkin selalu mengalami masalah utk bergaul dgn manusia2 lain, mungkin sbb d ...
ADVERTISEMENT