CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zahid Kongsi Pengalaman Bertemu Najib Di Penjara Kajang

10-6-2023 09:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 679| Komen: 7

Kuala Lumpur: Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkongsi pengalaman bertemu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di Penjara Kajang.

Katanya, beliau sempat bersarapan dengan bekas Perdana Menteri itu dan membawa makanan kegemarannya untuk dimakan bersama.


Ahmad Zahid menyampaikan ucapan penggulungan pada PAU 2023. FOTO Bernama

"Saya sempat bersarapan dengan beliau dan saya bawa semua makanan kegemarannya untuk kami makan bersama.

"Sekarang, beliau sedang meneruskan pengajian PhD (ijazah doktor falsafah) di Penjara Kajang.

"Bila saya pergi ke Penjara Kajang, saya bawa Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah," katanya semasa ucapan penggulungan PAU 2023 di Dewan Merdeka hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan itu, beliau meluangkan masa kira-kira lebih satu jam bersama Najib.


Beliau juga berharap ahli-ahli parti itu di peringkat bahagian dan cawangan berasa yakin bahawa pihaknya komited untuk membela Najib.

"Yakinlah bahawa Majlis Kerja Tertinggi terus komited untuk membela Najib Razak supaya diberikan keadilan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 10-6-2023 09:54 PM
Panjang umur betul kertu2 politik tanahair ni. Apa la rehsia/amalan deols.
Quote dua_chzy 10-6-2023 09:56 PM
Bayangkan dari ko tadika, sampai la dah kertu dah nak masuk usia menopos, orang tu masih hidup. Padehal di sekeliling ko, generasi ko ramai yang dah mampos dulu.

Aiols jeles.
Quote adizero11 12-6-2023 08:02 AM
Kiranya Najib ni "rehat" sebentar utk sambung belajar laa yer..beza betul penjara vvip dgn marhaen..siap boleh sambung PHD dlm tu..huhu
Quote otai_g 12-6-2023 08:07 AM
Hehe nk jdkan najib as modal politik Le tu. Da mng prn najib akan dilupakan
Quote Simunggu 12-6-2023 08:24 AM
semoga dipermudahkan....all the best DSN
Quote Burong_Hantuk 12-6-2023 08:26 AM
double standard...
Quote totokreturn. 12-6-2023 08:57 AM
bila nak di bawa ke lembaga pengampunan?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.083227 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top