CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hilang Suara, Ibnor Riza Kini Tidak Boleh Menyanyi

10-6-2023 08:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 809| Komen: 5

Sejak disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat, penyanyi, Ibnor Riza, 62, hilang mata pencarian kerana tidak mampu lagi menyanyi sekali gus menyebabkan dia hilang mata pencarian.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah dan Berdiri Seorang Perindu itu, dia sudah menyelesaikan sesi kemoterapi kali kelima dan dijadualkan untuk melakukan tiga sesi lagi pada masa hadapan.


Ibnor Riza (kiri) ketika ditemui di Majlis Mata Kasih bersama Ibnor Riza, Bandar Sri Permaisuri

Katanya, disebabkan penyakit yang dialaminya, dia tidak lagi dapat bekerja dan menyara keluarga. Situasi itu menyebabkan dia rasa tertekan kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga apatah lagi isterinya tidak bekerja dan anak masih bersekolah.

“Sudah hampir tujuh bulan saya tidak bekerja. Selama ini jugalah, saya telah menggunakan hampir kesemua duit simpanan yang ada untuk meneruskan kehidupan.


“Sekarang, saya sudah buang rasa malu untuk menerima bantuan. Malah, saya terima semuanya dengan tangan terbuka.

“Sebelum ini, kehidupan agak selesa kerana saya selalu ada buat persembahan. Tetapi, kini saya tidak boleh lagi menyanyi kerana suara saya rosak.

“Apabila suara tak ada, semua (persembahan) tak boleh jalan,” kata Ibnor ketika ditemui pemberita dalam Majlis Mata Kasih bersama Ibnor Riza.


Apabila ditanya tentang bantuan yang pernah diterima, Ibnor mengakui banyak menerima bantuan yang berbentuk ‘one-off’.

“Tidak dinafikan, ada banyak persatuan dan artis yang tampil ke hadapan memberikan bantuan. Tetapi, syukur, hari ini saya mendapat bantuan terbanyak, iaitu RM5,000 hasil sumbangan Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak.

Mengulas tentang penyakit yang dihidapi, Ibnor akui perlu kuatkan semangat untuk terus melawan kanser.

“Kanser darah (limfoma) ini bahaya dan tak sama seperti kanser yang lain. Kalau kanser lain, kita boleh potong dan buang bahagian yang dijangkiti. Tapi, kanser darah merebak ke seluruh badan.
“Kanser ini tidak ada ubatnya, ubatnya (semangat) kita. Selepas tamat sesi kemoterapi, mungkin saya akan sembuh seperti sediakala.

“Kanser bukanlah satu hukuman mati. Kepada penghidap kanser, kita kena kuat semangat. Dengan semangat itulah, kita akan pulih

“Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan artis yang banyak membantu dari segi tenaga dan ada juga yang memberikan sumbangan peribadi. Namun, yang paling berharga ialah sokongan dan kata-kata semangat daripada rakan-rakan,” katanya.

Majlis Mata Kasih bersama Ibnor Riza turut dihadiri oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin dan juga Pengerusi Kelab Falsafah Sebagai Pedoman Malaysia, Dato Ahmad Din selaku penganjur program. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 11-6-2023 08:39 AM
Moga cpt sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Aamin

Berdiri aku di sini…
Sbg sorang perindu…..
Quote Burong_Hantuk 11-6-2023 09:49 AM
moga dipermudahkan segala urusan
Quote imransulaiman 11-6-2023 09:51 AM
Semoga dipermudahkan..

Memang betul cancer ni kena kuat semangat. Banyak dah kes depan mata aku nampak - kalau kuat semangat in Sha Allah...
Quote nw111 12-6-2023 02:28 PM
imransulaiman replied at 11-6-2023 09:51 AM
Semoga dipermudahkan..

Memang betul cancer ni kena kuat semangat. Banyak dah kes depan mata aku nam ...

Cancer limfoma ni ramai jugak yg iols dengar sembuh akhirnya..eventho dh stage 4..
InsyaAllah kalau kuat semangat mmg blh sembuh
Quote dudaberhias 12-6-2023 02:32 PM
kesiannya... semoga tabah melalui ujian dan di permudahkan urusan...
moga cepat sembuh yach... amin

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.054404 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top