Oleh : Fyruz Hanna
Sarung kaki/stokin merupakan antara fesyen item yang sering digunakan oleh pelajar dan juga mereka yang kerja di pejabat yang menggunakan kasut bertutup. Walaupun kita tahu fungsi stokin ini sangat penting, namun kita acuh tak acuh dalam penjagaan sehingga stokin yang baru dibeli itu lebih cepat nmpk lusuh. Jom cuba tips mencuci stokin ini:
1. Jangan memberus dengan berus baju Jika anda mencuci baju dengan tangan, jangan memberus stokin dengan berus baju. Memberus akan mempercepatkan stokin hilang elastik dan berbulu. 2. Guna air sejuk Sebaiknya semua bahan yang elastik tidak dicuci dengan air panas. Ini bagi mengelakkan getahnya haus. 3. Jangan dijemur diterik matahari Setelah kamu mencucinya, jangan hidangkan stokin anda di terik mentari. Sebaiknya tempat yang teduh dengan keadaan berangin sahaja. Itu antara 3 tips mudah menjadikan stokin anda tahan lebih lama. -CARI INfonet. |
ADVERTISEMENT