Jakarta: Polis menahan empat suspek pengedar dadah yang mengambil kesempatan menyeludup dadah pada musim durian di Gorontalo, Sulawesi. Suspek dipercayai menyeludup dadah dalam kotak berisi empat durian.
Ketua Polis Daerah Gorontalo, Ade Permana berkata, cara penyeludupan dadah melalui kotak buah durian itu terbongkar pada awalnya hasil penahanan seorang daripada suspek. Kompas melaporkan, tangkapan dilaksanakan di Jalan Tondano, Desa Tapa, Daerah Sipatan, Kota Gorontalo. Susulan penahanan suspek itu, polis menemui satu kotak yang mengandungi empat biji durian dan plastik mengandungi kristal methamphetamine seberat 304 miligram atau 0.304 gram. Penahanan suspek itu juga membawa kepada penahanan tiga suspek lain. Menurut suspek pertama itu, dia mendapat dadah itu dari Sulawesi Tengah. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT