Personaliti, Lufya Omar mendedahkan ada menerima permohonan maaf daripada aktres Julia Farhana menerusi aplikasi Whatsapp. Menerusi perkongsian Lutfya di Insta Story, dia berharap Julia tidak lagi mengaitkan nama anaknya, Laana Haura dalam sebarang isu pada kemudian hari.
"Sarang tebuan jangan dijolok. Dah jolok lepas itu minta maaf dekat WhatsApp. Selepas itu senyap, jolok lagi. "Siapa yang tak move on ni? Saya cukup bahagia dengan anak. Dah minta maaf tolong diam! Saya pun letih nak layan semua ini," katanya. Menerusi tangkap layar yang dimuat naik, Julia memaklumkan tidak tahu kenyataan tersebut menjadi bahan di sebuah portal. Jelasnya, dia hanya sekadar ingin memberitahu suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz adalah seorang suami yang baik dan tiada niat lain. Dalam pada itu, Lufya berharap, mereka dapat membawa haluan masing-masing dan tidak menganggu kehidupannya bersama Haura. Kata Lufya, Haura yang tidak mendapat hak sepatutnya membuatkan dia sensitif setiap kali nama anaknya itu disebut-sebut. "Saya dah jaga aib masing-masing. Jaga sensitif. Awak bahagia cara awak, saya bahagia dengan anak. "Bahagia cara korang dan jangan sentuh anak saya yang tidak dapat haknya. Dah tak dapat hak lepas itu korang 'drama' lagi seolah-olah korang malaikat. Siapa tak marah? "Dah minta maaf ini kali kedua. Letakkan noktah. Berhenti," luahnya. Sebelum ini, Lufya meluahkan rasa hilang sabar terhadap Julia yang didakwa menggunakan nama anak perempuannya demi meraih publisiti. Sumber: mStar, IG Lufya
|
toet2meoww replied at 10-6-2023 07:20 PM
"Kata Lufya, Haura yang tidak mendapat hak sepatutnya membuatkan dia sensitif setiap kali nama anakn ...
ADVERTISEMENT