CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak Tidak Sedarkan Diri Ketika Mandi Dalam Kolam Renang

10-6-2023 02:46 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1528| Komen: 17

Banting: Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ditemukan tidak sedarkan diri selepas mandi dalam kolam renang bersama ahli keluarganya di sebuah taman tema, dekat sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 11.38 pagi.


Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di kolam sebuah taman tema di Banting, hari ini. FOTO IHSAN JBPM Selangor

"Sepasukan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

"Sebaik tiba di lokasi, kanak-kanak perempuan itu sudah dikeluarkan orang awam dan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, mangsa dibawa pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Hospital Banting bagi tindakan lanjut.



Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 10-6-2023 03:07 PM
Kene patok kot..
Quote cap_ayam 10-6-2023 03:56 PM
Edited by cap_ayam at 10-6-2023 09:42 PM

Semoga anak ni dapat diselamatkan..

Edited: Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat keluarga.
Quote akies 10-6-2023 04:01 PM
Budak ini selamat ke tak?
Quote Decaffeinated 10-6-2023 04:10 PM
Tajuk kata ketika mandi, artikel kata selepas mandi.

Jangan lepas ni ko tukar jadi sebelum madi pula ya tuan tanah.
Quote Decaffeinated 10-6-2023 04:14 PM
akies replied at 10-6-2023 04:01 PM
Budak ini selamat ke tak?

Tanya TT ka? jangan haraplah dia tau. Banyak tu ja yang metro report katanya

Quote shernazz 10-6-2023 04:17 PM
Taman tema kat Banting apa ek?
Quote blue_blur 10-6-2023 04:26 PM
shernazz replied at 10-6-2023 04:17 PM
Taman tema kat Banting apa ek?

apa nama tu resort sekali ada themepark macam ni.. satu ja ada, kat morib tu.. (seingat kita la)
Quote shernazz 10-6-2023 05:10 PM
blue_blur replied at 10-6-2023 04:26 PM
apa nama tu resort sekali ada themepark macam ni.. satu ja ada, kat morib tu.. (seingat kita la)

Gold coast tu ek?
Laki iols baru plan nak gi sana next month..
Penginapan dia apartment kan..bukan hotel kan?
Quote scidbu 10-6-2023 06:37 PM
shernazz: Taman tema kat Banting apa ek?


Amverton tu kottt
Quote TomyamPuteh 10-6-2023 06:53 PM
Comfirm bkn Morib Gold Coast. Lain je dia pnya tempat.
Quote Carcosa 10-6-2023 07:03 PM
akies replied at 10-6-2023 04:01 PM
Budak ini selamat ke tak?

Meninggal dah, chuolllzzahhh.
Berani ek family kasi anak 7 tahun mandi kolam 2m.
Anak meols 5tahun walaupun terrer swim tapi max meols lepaskan dia 1.8m, dekat LGK.

Screenshot_20230610_190057_Chrome.jpg
Quote misc 10-6-2023 07:41 PM
Kesiannya, tak de org dewasa ke pantau budak ni.  Tujuh tahun mana nak faham bahaya ke tidak.
Quote hokeypokey 10-6-2023 08:07 PM
semua orang sibuk mandi, sorang pun tak perasan
Quote slyfynx 10-6-2023 08:16 PM
Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ditemukan tidak sedarkan diri selepas mandi dalam kolam renang bersama ahli keluarganya di sebuah taman tema, dekat sini, hari ini.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di kolam sebuah taman tema di Banting, hari ini.


Pemende wartawan tulis selepas la, ketika la. Nape x sebelum je?

Budaknye meninggal

Sumber ASTRO AWANI
Quote blue_blur 10-6-2023 08:18 PM
shernazz replied at 10-6-2023 05:10 PM
Gold coast tu ek?
Laki iols baru plan nak gi sana next month..
Penginapan dia apartment kan..bukan ...

tu je la den tau, tak pasti kot ada yang baru muncul area banting nun... goldcoast yep apartment style macam tiara PD... oke la tu tak pergi time cuti sekolah, serabut ja ..
Quote Samerosie 10-6-2023 08:49 PM
slyfynx replied at 10-6-2023 08:16 PM
Pemende wartawan tulis selepas la, ketika la. Nape x sebelum je?

Budaknye meninggal

Thank you for the link.  Dlm awani tu ckp anggaran dalam kolam 2m.  Apa masalah parents budak ni???  2m dlm 6 kaki dlmnya kau biarkan anak kau yg umur 7 tahun masuk?
Quote slyfynx 10-6-2023 08:58 PM
Samerosie replied at 10-6-2023 08:49 PM
Thank you for the link.  Dlm awani tu ckp anggaran dalam kolam 2m.  Apa masalah parents budak ni?? ...

Iols pun x berani kalau 2m weh.
Deme ni pikir keseronokan sendiri je ke?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.052230 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top