Walaupun sibuk dengan komitmen kerja, pelakon Puteri Sarah Liyana tetap meluangkan masa untuk menghadiri meraikan majlis pernikahan teman baiknya yang juga aktres Janna Nick yang diadakan di Pulau Langkawi, Kedah pada pagi Sabtu.
Pemilik nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menzahirkan kegembiraannya dengan perkahwinan Janna dengan aktor Dini Schatzmann dan berharap pasangan itu kekal bahagia sehingga ke syurga. Namun apa menarik perhatian, Puteri Sarah juga sempat meminta pengikutnya mendoakan dirinya agar dapat bahagia seperti sahabatnya itu. "Tahniah love Janna dan Dini. Semoga berkekalan hingga ke jannah. Doakan saya pula," katanya. Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya yang turut memaparkan acara bersalaman di antara mempelai. Isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu turut berkongsi suasana dan detik indah majlis tersebut buat tatapan pengikutnya di media sosial.
Antara selebriti yang hadir pada majlis tersebut adalah Shila Amzah bersama tunang, Ubai, Nora Danish, Erni Zakrie dan ramai lagi. Pada pagi Sabtu, Janna dan Dini disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid A'isyah Sungai Menghulu, Pulau Langkawi. Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Janna iaitu Muner Abdullah dengan bersaksikan pengerusi masjid berkenaan, Othman Yahya. Sumber: mStar, IG Puteri Sarah |
PuanAbby replied at 10-6-2023 03:36 PM
Doa semoga bahagia. Jadi mcm Dr Cha tu. Bercerai pun tak gaduh nak berlaki lagi
ADVERTISEMENT