CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bomba Selamatkan Gadis 16 Tahun Tersangkut Buaian Di Taman Permainan

10-6-2023 11:53 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2364| Komen: 48

Bidor: Remaja perempuan diselamatkan bomba selepas tersangkut pada buaian kanak-kanak di taman permainan kanak-kanak berdekatan Pasar Bidor, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, 16, tidak mengalami kecederaan.


Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor, Tarmizi Rasid berkata, pihak bomba menerima maklumat berhubung kejadian, 8.55 pagi tadi.

Anggota bomba mengeluarkan remaja yang tersangkut pada buaian. FOTO ihsan Bomba

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari BBP Bidor dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima laporan.

"Tiba dilokasi kejadian mendapati seorang remaja perempuan tersangkut pada buaian di taman permainan terbabit.

"Pihak bomba menggunakan 'rescue tool' untuk memotong buaian bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap," katanya dalam kenyataan,hari ini.


Tarmizi berkata, pihak bomba mengambil masa kira-kira lima minit bagi mengeluarkan mangsa daripada buaian besi terbabit.

Katanya, mangsa tidak mengalami kecederaan dan operasi tamat 9.30 pagi tadi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 10-6-2023 12:06 PM
Ko bodoh sgt...geram.aku...playground tu mana sesuai budak2 besor main...tu kanak2 5 tahun ke bawah je  yg sesuai kalau x silap aku....kadang2 org dewasa pun duk main sekali...pelik betul
Quote Carcosa 10-6-2023 12:21 PM
Ohhhh. Tersekat mcm tu eh?
Aku dok la pikir, cemana bole tersangkut. Rupanya stuck mcm tu eh. Tp tetap la bodo
Quote Tinot7 10-6-2023 12:41 PM
Aihh malunya.. buai tu sah2 utk bebudak jahh.. lengkali tgk jenis buaian la sblm masukkan kaki tu..
Quote kepompong 10-6-2023 12:45 PM
aduhai… tu buaian utk baby2 yg tak boleh duduk lagi. dah reti duduk pakai buaian yg bukan “sangkar”

even dulu2 anak i umur 3 tahun pun tknk buaian sangkar ni. dorang akan pilih yg flat tu

& benda2 playground lain pun dah tulis 12 tahun ke bawah
Quote tumpanglalu74 10-6-2023 01:10 PM
Edited by tumpanglalu74 at 10-6-2023 01:14 PM

Tunggu anak raje ke dekk?

[youtube]rsG7AIUaSF8[/youtube]
https://youtu.be/rsG7AIUaSF8
Quote DARSITA 10-6-2023 01:14 PM

Minta emak ayah budak ini beli buaian yg baru utk ganti yang dirosakkan itu.
Quote Suchi 10-6-2023 01:53 PM
Org lain umur2 cam kamu dah beranak pinak
Kamu jahanamkan buai plak

Maybe remaja istimewa ni kot umur je dah besor tapi pikiran masih anak2 prasekolah
Quote namr 10-6-2023 03:07 PM
dah tahu jubo besar pegi duduk buai bayi kan dah tersangkut
Quote imanjannah 10-6-2023 03:23 PM
vandalism.. geram sgt ngan org2 yg perangai gini..
Quote ledigugu 10-6-2023 03:35 PM
Bomba kena attend emergency cases just as much as stupid cases.
Quote uori 10-6-2023 03:45 PM
patut biarkan dulu sehari dua
Quote xy_daen 10-6-2023 03:53 PM
Budak2 sekarang memang bebal
Quote cikmouse 10-6-2023 04:00 PM
Kalo aku arr abam bomba tuu.. mau ksk gelakkan dulu barang 30 minittt...pastuuu br rescue...huh!
Quote shernazz 10-6-2023 04:23 PM
Bodoh gila
Mesti mak dia tepuk dahi tgk kebodohan anak dia takde sempadan
Quote pooh~key 10-6-2023 04:41 PM
Suchi replied at 10-6-2023 01:53 PM
Org lain umur2 cam kamu dah beranak pinak
Kamu jahanamkan buai plak


Kau duduk perkampungan orang asli timor leste suku mana sissy budak baya2 16 tahun tu dah beranak pinak sis?
Quote Decaffeinated 10-6-2023 04:43 PM
Pihak bomba menggunakan 'rescue tool' untuk memotong buaian

Perlu ka istilah dalm quote tu?
Quote xtinkerbellx 10-6-2023 06:02 PM
Haha malunye. Ni mesti acah2 cute nak try budak punye [em:3:]
Quote makita 10-6-2023 06:08 PM
Merasa la kejap budak ni pakai cawat besi di alaf baru ni
Quote PinkyPie 10-6-2023 06:13 PM
Entah bila la dpt baiki buai tu, tak pasal bebudak kecik tak dpt guna.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.126448 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top