CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tarikh Lihat Anak Bulan Zulhijah 18 Jun

10-6-2023 11:01 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 172| Komen: 0

Kuala Lumpur: Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha adalah pada petang Ahad, 18 Jun bersamaan 29 Zulkaedah 1444 Hijrah, demikian menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.



Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu Hari Raya Aidiladha yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.

"Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Korban adalah berdasarkan rukyah dan hisab," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijah pada petang hari tersebut di lebih 20 lokasi di seluruh negara.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.058564 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top