Pelakon, Anna Jobling mendedahkan dia akan 'mengasingkan diri' selama sebulan di Bali, Indonesia bagi membintangi sebuah siri terbaharu di platform Over-The-Top (OTT), MNC TV sebagai watak utama.
Pemilik nama sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling, 23, sebelum ini terpaksa menolak beberapa projek pada enam bulan pertama 2023 namun gembira untuk menerima kembali tawaran berlakon sekaligus melebarkan kerjayanya di negara itu. "Ini merupakan pengalaman pertama saya bekerjasama dengan produksi Indonesia. Saya juga bakal bergandingan bersama pelakon kegemaran saya iaitu Pevita Pearce yang juga merupakan pengarah drama OTT ini," katanya. Dalam pada itu, Anna berkongsi rasa teruja memberitahu dia sedang mempelajari bahasa Indonesia bagi memudahkan dirinya berkomunikasi di negara berkenaan. "Perasaan pastilah takut dan teruja... saya harus memperbaiki dari segi bahasa dan dialek Indonesia serta menyesuaikan diri dengan cara kerja produksi Indonesia.
|
Tasikchini replied at 11-6-2023 01:10 PM
maju sikit ek...manager ko suruh duk indon...time bungkus panggil tutor indon je datang rumah
ADVERTISEMENT