CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tahniah Janna Nick Dan Dini Schatzmann, Selamat Pengantin Baru!

10-6-2023 09:58 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4887| Komen: 34

Menyulam cinta sejak 2019, pasangan pelakon, Janna Nick dan Dini Schatzmann sah bergelar suami isteri dalam sekali lafaz dalam majlis pernikahan di Masjid A'ishah Sungai Menghulu, Langkawi pada pagi Sabtu.


Pemilik nama sebenar, Dini Azan Schatzmann, 29, dinikahkan sendiri oleh bapa Janna iaitu Muner Abdullah dengan disaksikan oleh Pengerusi Masjid Aisyah, Langkawi iaitu Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.


Pada majlis tersebut Janna menerima mas kahwin sebanyak RM2,703 sebagai simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019 berserta seutas rantai emas.

Acara pernikahan tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan juga beberapa rakan artis yang rapat dengan pasangan mempelai.

Dalam pada itu Janna berkata, dia sedikit gementar dan risau untuk melangkah ke alam perkahwinan memandangkan akan mengubah status hidupnya.


“Ini adalah satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan insya-Allah, seorang ibu.


“Saya juga mahukan satu majlis yang lebih dekat dengan saya sebagai Nurul Jannah. Meraikan fasa baharu saya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan,” katanya.

Sementara itu, Dini pula megakui teruja untuk memikul tanggungjawab sebagai suami serta berharap perkahwinan mereka diberkati Allah SWT.

“Alhamdulillah, rasa terpaling bahagia, maksimum. Rasa lega jua, majlis pernikahan ini sudah selesai dan berjalan lancar. Maka bermulalah perjalanan baharu kami sebagai suami isteri.

“Kami memang merancang perkahwinan yang bersifat peribadi dan privasi. Lebih bermakna untuk keluarga kami. This is a once in a lifetime moment in our life. Kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kami berdua,” ujarnya.


Sumber: IG Amir Naufal Photography

Bercakap mengenai bulan madu, Dini berkata, dia memilih Koh Lipe sebagai destinasi bulan madu pertamanya.

Manakala soal anak pula, pasangan berkenaan sepakat untuk menyerahkan soal rezeki pada Allah.

Sebelum ini, kecoh mengatakan hubungan cinta antara Janna dan Dini berakhir apabila aktres berkenaan memuat naik pelbagai status di Instagram menggambarkan perasaannya pada Disember tahun lalu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 10-6-2023 10:08 AM
*** menguap***
Quote Minami2013 10-6-2023 10:12 AM
Moga berbahagia hingga ke syurga.

Kurang2 kan lah meroyan ye janna.
Quote ilacantik 10-6-2023 10:16 AM
Symbolic sampai beza 10 hari? Kenal 1703, mas kawin 2703. Ke reputz typo ni. Tahniah jana, lepas ni boleh la pakai nama janna nick schatzmann. Kelas gitew.
Quote dudaberhias 10-6-2023 10:22 AM
selamat melambung sampai ke syiling dengan poji nawawi mix beruk salji tu...

kalau yenna gi haji nanti jangan lupa bam pojie rakam2 dan send gambar...

dedua herlokkkk tak sabarnyaaa nak tunggu anak yenna...

Quote selipar_hijau 10-6-2023 10:25 AM
Tahniah janna! Slmt pengantin baru
Quote jihyomelly 10-6-2023 10:28 AM
tahniah..at least kawin jugak menghalalkan yg haram dari pung pang pung pang kawin tidak..
Quote captainQUE 10-6-2023 10:52 AM
Walaupun Iols Tak suka janna tapi I suka je pasangan yg dari bercinta then berakhir kat jinjang pelamin… congratulations to both…
Quote SANKURIANG 10-6-2023 11:23 AM
Yola……pegi la honeymoon…..nanti balik hafapi la realiti hidup berumahtangga….
Quote Moyangkucing 10-6-2023 11:29 AM
Selamat pengantin baru ... moga berbahagia
Quote nolya 10-6-2023 11:32 AM
Alhamdulillah, tahniah JN dn pasangan.  Semoga dpt membina rumahtangga dgn mawaddah dn warahmah. Selamat Pengatin Baru.
Quote MsKathryn 10-6-2023 11:34 AM
Congrats janna n dini …  selamat pengantin baru
Quote cmf_shya 10-6-2023 11:36 AM
Congrats n selamat pengantin baru
Quote Madel 10-6-2023 11:42 AM
Masih wujud la eh bapak nya
ku ingat dah tak kisah anak bini
sbb mcm pernah baca keluh kesah si Janna ni struggle hidup sbb tak ada father figure gitu.
N ku muskil sikit jenis2 couple yg belum nikah pun dh holiday sebilik sesama, melekat 24jam
tapi pas nikah pegi honeymoon.
Apa beza nya gi honeymoon ke honeysun kan.
Sebab masing2 dah dilanyak n melanyak smpai ke siling
Quote Mekpah2 10-6-2023 11:47 AM
tahniah janna..selamat pengantin baru..sado dik janna arini
Quote Afifi82 10-6-2023 12:01 PM
Congrats. Mesti gebu anak2 diorg nanti.
Quote doubleA 10-6-2023 12:09 PM
Tahniah jannah dini, till jannah. Harap banyak bersabar realiti dah tidur sebantal ni lain. Kalau dini penyabar inshaAllah elok la mek jannah
Quote krustykrab 10-6-2023 12:20 PM
Takde gambar ke tt?
Quote airmineral 10-6-2023 12:24 PM
walaupun xsuka sbb ponpuan ni bingit
tp i still ucap tahniah la
moga kurang² la bingit dan acah² tu
Quote zeed 10-6-2023 01:09 PM
nikah kat siam pun 10 jun 2019.. sama tarikh

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.047083 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top