CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Perempuan Ditinggalkan Di Pintu Masjid

9-6-2023 11:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1848| Komen: 44

Taiping: Bayi perempuan ditemui di hadapan pintu Masjid An Najihah, Sungai Kepar, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan penemuan itu pada 12.45 tengah hari dan semakan kamera litar tertutup (CCTV) masjid mengesan wanita memasuki masjid dan meninggalkan bayi pada 11.58 tengah hari.


Bayi perempuan yang ditinggalkan di hadapan pintu Masjid An Najihah, Sungai Kepar, Taiping hari ini. FOTO Ihsan Polis.

"Dia masuk ke kawasan masjid dan meninggalkan bayi yang dibaluti kain itu di hadapan pintu utama, sebelum beredar.

"Bayi berkenaan dalam keadaan cukup sifat dan sihat. Polis menyeru wanita terbabit atau orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan maklumat boleh disalur kepada Inspektor Ng Boon Jian atau menghubungi talian 05-721 2222.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FlexyFox 10-6-2023 02:54 AM
Nasib baik lah tak dibuang di tempat bahaya atau dibunuh
Quote sambaldurian 10-6-2023 07:23 AM
Erm anak2 cmni dpt la ko ic merah. Sebaik letak waktu tgh hari nk masuk zohor. Cepat la jumpa ya. Sbb taiping kn, klu ada KPJ sana boleh jumpa baby hatch. Sbnrnya baby hatch ni kena buat kwsn bkn bandar jgk.
Quote edayildiz 10-6-2023 07:51 AM
kesiann..tp nsb jgk mak dia xbuang kt tong sampah..ok la pandai dia..dia mmg target org org jmpa ano dia dgn selamat.
Quote mojarean_X 10-6-2023 08:47 AM
Dh 2023 pun masih buang bayi. Bodohnya...ko dh tua2 nk mati nanti ko ingat lah dosa ko buang bayi ni
Quote jazaa100 10-6-2023 09:17 AM
Tak payah lah nk cari sgt mak pak budak ni....
Dah letak kat masjid, dah ok tu
...
Quote jazaa100 10-6-2023 09:18 AM
Ada sikit iman takut dosa...
Quote prizadane 10-6-2023 09:20 AM
sambaldurian replied at 10-6-2023 07:23 AM
Erm anak2 cmni dpt la ko ic merah. Sebaik letak waktu tgh hari nk masuk zohor. Cepat la jumpa ya. Sb ...

Taiping sana memang ada KPJ. Alah, tapi yang membuang baby ni takde ilmu lah tu
Quote Carcosa 10-6-2023 12:18 PM
Better la kot, drpd dia sumbatkan dlm lubang jamban
Quote orkidorkido 10-6-2023 11:04 PM
Ramai juga yang buang bayi ni si indon yang takde dokumen. Dah terberanak, buang saja
Quote Lentera 10-6-2023 11:27 PM
Polis ni pun satu. Jgn la sebut akta kanun tu bagai. Seram la mak budak tu nak ngaku. Tu mujur la dia letak kat masjid, drpd letak dalam parit
Quote Skuau 10-6-2023 11:33 PM
orkidorkido replied at 10-6-2023 11:04 PM
Ramai juga yang buang bayi ni si indon yang takde dokumen. Dah terberanak, buang saja

'projek laoshi'.....berjalan lancar di malezia...
Quote Tinot7 10-6-2023 11:41 PM
Utk sedap beberapa saat, cian baby kena menderita bertahun2..
Quote CatMiow 11-6-2023 12:46 AM
sambaldurian replied at 10-6-2023 07:23 AM
Erm anak2 cmni dpt la ko ic merah. Sebaik letak waktu tgh hari nk masuk zohor. Cepat la jumpa ya. Sb ...

Patutnya letak kat semua fasiliti kesihatan kerajaan kat Malaysia ni. Senang orang nak ekses. Tempat saya mana ada hospital swasta, kerajaan je.

Kalau KPJ boleh buat,kenapa kerajaan tak boleh? Takut kos naik, sewakan satu lot murah2 untuk NGO2, buat lepas kos api. Tak payah guna tender merapu2, buang duit kerajaan je.
Quote DARSITA 11-6-2023 05:59 AM
jazaa100 replied at 9-6-2023 05:17 PM
Tak payah lah nk cari sgt mak pak budak ni....
Dah letak kat masjid, dah ok tu
...


Selalu mcm tu kan. Bila letak jer Polis sibuk nak tau. Nak tau buat apa? nak suruh si emak bela balik? nak tau apa sebab dia tinggalkan bayi?




Quote lattehazelnut 11-6-2023 06:55 AM
DARSITA replied at 11-6-2023 05:59 AM
Selalu mcm tu kan. Bila letak jer Polis sibuk nak tau. Nak tau buat apa? nak suruh si emak bela b ...

Check warganegara ke x budak tu..
Quote CatMiow 11-6-2023 07:17 AM
DARSITA replied at 11-6-2023 05:59 AM
Selalu mcm tu kan. Bila letak jer Polis sibuk nak tau. Nak tau buat apa? nak suruh si emak bela b ...

Takut kes jenayah, kau nyanya orang,culik anak orang buang,satu hal lagi takut esok2 mak ayah gila,mana tau nak menyaman kerajaan buat plot twist dia letak anak kejap je tapi kerajaan g ambik tanpa kerelaan. Buang bayi ni kira 1 penganiyaan juga kak.

Kalau ada baby hatch lagi elok, buat disclaimer awal2 dan peringatan manja yang terakhir.
Quote Buritan 11-6-2023 07:21 AM
sambaldurian replied at 10-6-2023 07:23 AM
Erm anak2 cmni dpt la ko ic merah. Sebaik letak waktu tgh hari nk masuk zohor. Cepat la jumpa ya. Sb ...

Nape ic merah ekkk.. so budak ni taraf warganegara cmn ekk.. dia warganegara jgkke.. soklan serious sbb mmg tak tau
Quote sambaldurian 11-6-2023 09:17 AM
Buritan replied at 11-6-2023 07:21 AM
Nape ic merah ekkk.. so budak ni taraf warganegara cmn ekk.. dia warganegara jgkke.. soklan seriou ...

Yela sbb xde surat beranak berdaftar oleh mak ayah. Lgpun mana la tau yg ni hasil dr bkn warganegara ke mcm indo+bangla ke (cth). Ada je IC merah asal Malaysia. Asal stateless pun ada. Yg atuk nenek jaga cucu, mak ayah kawin oversea/kawin lari.pastu pas beranak , jenis mak ayah tau buat tp xtau jaga - x g buat surat beranak pun ssh cucu2 nk g sekolah xde surat beranak, apa tah nk apply ic biru.
Quote Buritan 11-6-2023 09:57 AM
sambaldurian replied at 11-6-2023 09:17 AM
Yela sbb xde surat beranak berdaftar oleh mak ayah. Lgpun mana la tau yg ni hasil dr bkn warganega ...

Depa boleh sekolah tak ekk.. nak keje semua boleh takk.. sian ek kalo anak org mesia tp sbb luar nikah punya psl anak tuu yg gelap masa depan.. anak tuu yg kena hadap sbb kebodohan Dan kegatan kote dgn bijik mak pak

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.035766 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top