CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelancong Warga Asing Bogel Di Balkoni Hotel Ditahan Polis

9-6-2023 11:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1612| Komen: 16

Semporna: Pelancong warga asing ditahan polis selepas video dia berbogel di balkoni sebuah hotel di sini tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, lelaki warga China berusia 40 tahun itu ditahan pada 9.30 malam semalam.



Katanya, tangkapan dibuat selepas pihaknya mengesan video berdurasi sembilan saat menunjukkan seorang lelaki keluar ke balkoni hotel yang menghadap jalan raya tanpa sebarang pakaian.

"Aksi lelaki itu telah dirakam oleh orang awam yang melalui kawasan terbabit sebelum tersebar di laman media sosial," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Farhan berkata, suspek kini direman empat hari hingga 12 Jun untuk siasatan mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan kerana kesalahan berkelakuan lucah di tempat awam.

"Individu yang merakam kejadian itu juga diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Khadijah Mohd Seruji atau tampil di IPD Semporna atau mana-mana balai berdekatan," katanya.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 9-6-2023 11:47 PM
Maybe heshe sudah biasa buat di hotel/resorts islands
Quote riyadhK 9-6-2023 11:50 PM
Bukti mana bukti
Quote sambaldurian 10-6-2023 07:12 AM
Aiyoh ni bukan german la boleh nk comando2. Slh negara la kot nk bercuti.
Quote antikorok 10-6-2023 03:17 PM
Nah link video.
Sila coci mata selepas melihat hutan belantara ittew

https://twitter.com/nanmanjoi8715/status/1667189018667393029
Quote telracs 10-6-2023 04:00 PM
Bo**h laaaa
Dia ingat lawa ke bogel
Buruk tahuuuuuuuu!!!!
Quote kakikuDibibirmu 10-6-2023 04:19 PM
Malaysia semakin hari semakin menuju ke arah negara Taliban! Nak buat apa-apa pun dah tak boleh dah sekarang ini
Quote Decaffeinated 10-6-2023 04:34 PM
kakikuDibibirmu replied at 10-6-2023 04:19 PM
Malaysia semakin hari semakin menuju ke arah negara Taliban! Nak buat apa-apa pun dah tak boleh dah  ...

Semakin gersang lah. Tengok apek bogel pun kemain teruja laju nak rakam.

Quote TOPwind 10-6-2023 06:54 PM
bogel pun kecoh

lainlah terima rasuah
Quote Skuau 10-6-2023 06:58 PM
kakikuDibibirmu replied at 10-6-2023 04:19 PM
Malaysia semakin hari semakin menuju ke arah negara Taliban! Nak buat apa-apa pun dah tak boleh dah  ...

kang..tsutnami semporna tu.........
Quote hokeypokey 10-6-2023 08:32 PM
apek umur 40 tahun bogel takde sape selera nk tgk, tu yg kena report tu, menyeksa mata orang lain
Quote zjen 11-6-2023 05:04 PM
elok haramkan terus semua kolam renang ...  aman dari seksi seksi sebelum PAS jadi gomen .... tak boleh mati pon kalu hotel xde kolam renang

pastu iklan melancong ke Malaysia ingat bagitau cannot wearing seksi when visit Malaysia,  camni la untuk kumpul pahala
Quote FOTHER-MUCKER 12-6-2023 05:34 AM
Yang rakam tu apa pasal?  Dis berbogel di balcony hotel penginapan dia
Quote Simunggu 12-6-2023 07:41 AM
apa nak heran mereka ini memang selalu berbogel bilik bersalin lelaki di kelab kelab house lepas bersukan...nampak punai ke hulu ke hilir
Quote Tinot7 12-6-2023 07:45 AM
Taknak tgk.. musti buyuk...
Quote Burong_Hantuk 12-6-2023 09:40 AM
jijikkkk...yg buat keje bodo ni lelaki kepam
Quote ifanonline 12-6-2023 09:51 AM
lelaki china berusia 40 tahun berbogel

dengan wanita china berusia 40 tahun berbogel

korang jgn la double standard sangat

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.145419 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top