CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penagih Dadah Dicekup Semasa Pecah Masuk Kedai Runcit

9-6-2023 10:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 208| Komen: 1

Kota Bharu: Seorang lelaki dicekup oleh penduduk kampung selepas dipercayai mencuri wang syiling dan dua bilah pisau pemotong daging semasa memecah masuk sebuah kedai runcit di Kampung Kubang Tin, Peringat di sini kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira-kira pukul 7 pagi, suspek yang berusia lewat 20-an dikatakan masuk ke dalam kedai berkenaan dengan mengumpil pintu jeriji depan premis tersebut.

Kedai runcit yang dipecah masuk oleh suspek di Kampung Kubang Tin, Peringat dekat Kota Bharu kelmarin. - Foto ihsan penduduk

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, kejadian disedari oleh pemilik kedai berkenaan sebelum menangkap suspek dengan bantuan penduduk kampung.

Menurutnya, suspek dipercayai mencuri sejumlah wang siling dan dua bilah pisau pemotong daging di dalam premis tersebut.

“Suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


“Ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif dadah selain mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau. Lelaki itu juga dikehendaki oleh polis bersabit dengan tiga kesalahan dadah dan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keadaan jeriji sebuah kedai runcit di Kampung Kubang Tin, Peringat dekat Kota Bharu yang diumpil oleh suspek kelmarin. – Foto ihsan penduduk

Mohd. Rosdi memberitahu, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 10-6-2023 07:06 AM
Alaaaahai. Keadaan jeriji dia punnn
Cakap jelah, saya amek syiling ni semua sbb nak tolong kirakan, encik

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.062329 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top