Kuantan: Dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Tapah atas kesalahan mencederakan dan mengugut pemandu wanita, penyelia kilang berkemungkinan berhadapan dengan satu lagi pertuduhan baharu.
Lelaki berusia 19 tahun itu didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan menampar pekerja restoran di Cameron Highlands pada 4 Jun lalu. Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, seorang pekerja restoran membuat laporan di Balai Polis Cameron Highlands terhadap suspek sama pada 7 Jun lalu. Katanya, susulan laporan, pihaknya sedang melengkapkan siasatan dan suspek didakwa menampar salah seorang pekerja bertubi-tubi kerana makanan yang dipesan lewat sampai. "Manakala seorang lagi pekerja dipukul ketika cuba memberi penjelasan kepada suspek bahawa hidangan yang dipesannya tidak tersedia.
"Polis akan memanggil beberapa saksi untuk melengkapkan siasatan kami berhubung kejadian itu," katanya. Mengulas lanjut, Yahaya berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan secara sengaja dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana menggunakan perkataan kesat. Awal hari ini, Mahkamah Majistret Tapah memerintahkan lelaki itu, Mohammad Zaim Faiz Tarmizi menjalani hukuman penjara tujuh hari, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah. Video mengenai dia melemparkan kata-kata kesat sambil menunjal kepala seorang pemandu wanita ketika dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands tular di media sosial. Sumber: Harian Metro |
Orenn1 replied at 10-6-2023 12:33 AM
Nokharom ni org perak ke, kata penyelia kilang kat sana, konon dia i gat penyelia kilang tu beso sgt ...
prizadane replied at 9-6-2023 05:07 PM
Eh bukan he penyelia kilang kat serdang ke mana. Tu yang iols baca lah. Pergi cameron bercuti je
ADVERTISEMENT