CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Pukul Pemandu Wanita Dengan Topi Keledar Dah Kena Tahan

9-6-2023 10:07 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 445| Komen: 3

Bayan Lepas: Tidak puas hati menyebabkan penunggang motosikal memukul pemandu wanita menggunakan topi keledar dalam insiden tular di Jalan Permatang Damar Laut, Batu Maung di sini, semalam.

Video tular kejadian itu yang dimuat naik di Twitter 'Nan Manjoi8715 kemudian dikesan polis pada 9.13 pagi, hari ini.

Tangkap layar video tular memaparkan insiden kemalangan di Jalan Permatang Damar Laut, Batu Maung sebelum seorang lelaki penunggang motosikal mencederakan pemandu wanita menggunakan topi keledar. FOTO Tular

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan awal mendapati suspek terdahulu tidak berpuas hati dengan pemandu kereta yang menyebabkan kemalangan.

Katanya, ia mendorong lelaki itu mencederakan wanita terbabit dengan topi keledar dan dia sudah ditahan untuk siasatan lanjut.

"Permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya menerusi talian 04-8662222.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 10-6-2023 05:10 PM
Gituhhhhh
kalau perempuan or orang tua jeee tangan tu cepat naik
Quote pooh~key 10-6-2023 05:13 PM
nakkomenjugak replied at 10-6-2023 05:10 PM
Gituhhhhh
kalau perempuan or orang tua jeee tangan tu cepat naik

Tapiiiiiii tak dinafikan yach sissy, kalau tengok kebanyakan perempuan dan orang tua ganyut level bau tanah drive, bikin panaaaaassssss sis. Akak rasa macam nak seret jah muka sekor2 kat jalan tar sejauh 3 kilometer sissy.
Quote tikusmontok 10-6-2023 05:19 PM
Kenapa lately berleluasa jantan2 hanat mengasari wanita, bersambung2 lepas satu satu.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.191666 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top