CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Australia Sekat Jualan Pil Zakar Gara-Gara Kesan Sampingan Berbahaya

9-6-2023 08:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 453| Komen: 0

Badan pemerhati kesihatan awam Australia memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menggunakan pil 'Big Penis USA' selepas mendapati ia mengandungi sildenafil - ubat disfungsi erektil yang dijual di bawah jenama Viagra.


Pentadbiran Barangan Terapeutik (TGA) membuat pengumuman itu, memberi amaran kepada kaum Adam supaya mengelak daripada mengambil pil berkenaan.



"Tablet Big Penis USA menimbulkan risiko serius kepada kesihatan anda dan ia tidak boleh diamalkan.

"Tablet itu mengandungi bahan yang tidak diisytiharkan sildenafil. Ia mungkin berinteraksi dengan nitrat yang terdapat dalam beberapa ubat preskripsi dan mungkin menurunkan tekanan darah ke paras berbahaya," ujar TGA.

Sildenafil merupakan ubat preskripsi sahaja, digunakan untuk merawat disfungsi erektil.

Jika digabungkan dengan ubat preskripsi tertentu, dos itu boleh membawa maut, kata badan pemerhati kesihatan awam itu.


TGA turut bekerjasama dengan Pasukan Sempadan Australia (ABF) untuk menghentikan penghantaran pil tersebut ke negara berkenaan.

Pil itu tidak dijual di kedai-kedai di Australia, namun ramai lelaki negara itu membeli produk tersebut secara dalam talian.- WION.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.028425 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top