Seorang individu meninggalkan komen di laman Facebook sebuah portal hiburan mendakwa penyanyi dan pelakon, Linda Rafar, tidak membayar hutang cenderahati (goodie) untuk tetamu sewaktu majlis perkahwinannya kira-kira 17 tahun lalu.
Kata individu itu, dia sudah malas untuk mengejar penyanyi tersebut kerana sering mengelak sekiranya dihubungi atau bertemu di rumah. Tampil menafikan perkara tersebut, pemilik nama sebenar, Azlinda Abdul Rafar, 45, berkata tuduhan itu tidak berasas kerana hampir keseluruhan majlis perkahwinannya pada 2006 itu diuruskan oleh pihak hotel. Kata Linda lagi, hanya individu yang terdekat sahaja yang terlibat dalam perkahwinan itu dan dia tidak pernah berurusan dengan orang luar. "Saya rasa dia salah orang. Tak ada kena mengena langsung dengan saya. Perkahwinan saya diadakan di Hotel Concorde dan semua persiapan disediakan oleh pihak hotel.
"Saya ingat semua orang yang terlibat dalam perkahwinan saya. Semuanya kawan-kawan dan saudara mara, tiada langsung kaitan dengan orang luar," katanya ketika dihubungi mStar. Mengulas lanjut tentang kenyataan itu, Linda memberitahu dia tidak mengenali individu berkenaan dan memintanya untuk bertemu bagi menyelesaikan isu ini. Kata Linda, sekiranya memang dia berhutang, dia membuka ruang untuk individu berkenaan datang berbincang dengannya. "Memang saya tidak kenal siapa dia. Sajalah ni nak mengaibkan orang. Kalau betul orang ini wujud dan kata kita tipu dia, kenapa dia tak datang jumpa. "Katakanlah kalau saya terlupa, mesti kita akan ingat balik ada lagi ke hutang yang kita belum bayar. "Tapi kalau dia berani buat macam ini, saya minta dia ke depan untuk bertemu dengan saya sendiri. Saya pun nak jumpa tengok siapa dia ni. Jangan kurang ajar sampai tahap komen di media sosial," ujarnya. Untuk rekod, Linda mendirikan rumah tangga dengan Syed Aiman pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 15, Syed Rezariiq, 12, dan Syed Rezaliif, 7 tahun. Sebelum itu, Linda pernah berkahwin dengan Keifli Othman dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 22, dan Rezaiman Keiflin (meninggal dunia pada usia 12 tahun pada 2014). Sumber: mStar
|
fadz84 replied at 9-6-2023 08:39 PM
Td dgr kat suriafm LR ni skrg duk ngurut org ye? Leh pulihkan org anxiety dgn urutan katanya..
3chanceno replied at 9-6-2023 08:48 PM
Oh hebatnya kalo boleh sembuhkan penyakit anxiety dgn mengurut je Baik dia kol pathia yg ada pe ...
fadz84 replied at 9-6-2023 08:39 PM
Td dgr kat suriafm LR ni skrg duk ngurut org ye? Leh pulihkan org anxiety dgn urutan katanya..
Rogue98 replied at 9-6-2023 08:55 PM
Biasanye wedding ni ada yang tolong sponsor atau handlekan. Mcm goodie bag , desert ...ada jer lah y ...
amarakasih replied at 10-6-2023 12:08 AM
Main kasar pulak kan. Tone down lah and selidik balik. Seperti menegakkan benang yang basah. Tak b ...
Rogue98 replied at 10-6-2023 12:16 AM
Tu lah ...nak jumpa tapi siap warning jangan kurang ajar. Dia yg tak bayar hutang ckp org lain pul ...
fadz84 replied at 9-6-2023 08:39 PM
Td dgr kat suriafm LR ni skrg duk ngurut org ye? Leh pulihkan org anxiety dgn urutan katanya..
ADVERTISEMENT