CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zahid Tertunduk Sebak Dengar Amanat Najib

9-6-2023 07:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 799| Komen: 7

Kelihatan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi gagal mengawal rasa sebak sejurus melihat klip video oleh anak kepada bekas Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditayangkan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pada Jumaat.


Menurut klip video yang diucapkan Datuk Mohamad Nizar Najib itu, beliau mengatakan bahawa bapanya tidak pernah mengarahkan untuk menentang atau tidak memberikan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.


Sinar

“Ada permainan di luar sana yang mengatakan kononnya ayahanda saya marah dengan Kerajaan Perpaduan sekarang dan minta kita serang institusi Presiden. Apa yang saya ingin tegaskan, ayahanda saya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk kita serang institusi Presiden atau mana-mana komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

“Malah beliau tuntut supaya kita setia dengan parti UMNO dan menghormati institusi Presiden UMNO yang kini diterajui oleh Ahmad Zahid sekarang,” kata Mohamad Nizar.


Sejurus kemudian, kelihatan Ahmad Zahid sebak dan berkata kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa perkara yang dikatakan tersebut adalah tulen.

“Kita di sini, dia di sana. Semangatnya ada dalam Dewan Merdeka. Kita berdoa tapi Allah nak kita berusaha,” katanya.


FB

Tambah Ahmad Zahid, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan meneruskan perjuangan dengan membela keadilan buat Najib.

“Kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan keluarga, bersabarlah. Mudah-mudahan Allah lunaskan segala doa kita semua bersama beliau dan ahli keluarga,” katanya. 


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 9-6-2023 08:08 PM
Bebaskan bossku segera lah....dah terang2 Hakim pun rasuah lagi mau simpan ke.
Quote Antifake 9-6-2023 09:16 PM
Airmata buaya ponorogo
Quote TOPwind 9-6-2023 09:34 PM
UMNO dgn kesah air mata

DAP dengan cara halus tawan Msia
Quote mojarean_X 9-6-2023 09:40 PM
Aiyeoohhh semua nk menunggang nama Najib. Papagomo dan lokman adam wat live serentak setiap mlm berlawan2 tunggang nama Najib. Najib dlm penjara ntah apalah dia wat masa tu
Quote ultra78 9-6-2023 11:39 PM
Anwar ada sekali kan dalam dewan tu? Duk bayangkan dia duk tersenyum sinis......
Quote ctaz 10-6-2023 01:29 AM
ACTION......


ANNNNNNNDDDD CUT!!!!
Quote Imkhai 10-6-2023 07:25 AM
Bag kak rose dh nk kena lelong pak ponorogo xmau kaa tolong beli utk dibg blk ke wife bbf ko tu kata bbf kesygan

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.030555 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top