Malang nasib pemuda Taiwan berstatus OKU sindrom down, Sha Wang, 26, yang dibenci ibu bapanya sendiri. Malah, mereka dikatakan pernah mencuba untuk menyuntik pemuda itu dengan bahan berisiko yang mampu menamatkan hayatnya. Siti Aisyah, orang gaji yang juga ditugaskan mengurus Sha Wang menjadi saksi betapa buruknya layanan majikannya terhadap anak istimewa tersebut. Jelas Aisyah, majikannya lebih menyayangi anjing peliharaan di rumah mereka berbanding Sha Wang. Enam tahun bekerja sebagai bibik di Taiwan, Aisyah tidak sanggup membiarkan Sha Wang terabai. Oleh itu, dia nekad membawa pemuda berkenaan pulang ke Indonesia untuk hidup bersama. Aisyah yang memiliki tiga cahaya mata bersyukur mereka semua menyambut baik kehadiran Sha Wang walaupun mereka sendiri bergelut dengan isu kewangan. Rasa empati di jiwa jauh lebih besar bagi memastikan hidup Sha Wang tidak terabai. Difahamkan, dia membesarkan Sha Wang tanpa gaji selama empat tahun. Tambah Aisyah, kos keperluan Sha Wang merangkumi lampin pakai buang, ubat-ubatan dan makanan mencecah angka RM1000 sebulan. Hanya berbekalkan perniagaan kedai runcit, itulah yang menjadi mata sepencarian mereka sekeluarga. Namun sedihnya, media Taiwan baru-baru ini melaporkan dakwaan Aisyah menjaga Sha Wang kerana duit. Kenyataan itu disampaikan oleh kenalan kepada ayah Sha Wang kononnya Aisyah sudah dibayar wang upah jaga sebanyak RM464,628. Padahal tegas wanita ini, dia sama sekali tidak pernah menerima angka tersebut. Sumber: Kisah Dunia
|
mojarean_X replied at 9-6-2023 07:16 PM
Bagusnya bibik ni
Skuau replied at 9-6-2023 07:20 PM
kang bibik larikan brng ko....baru tau.......
mojarean_X replied at 9-6-2023 07:46 PM
Iols x de brg berharga sgt pun utk dilarikan
Skuau replied at 9-6-2023 07:48 PM
kok suaminya dilari sama bibik...
ADVERTISEMENT