CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Main Layang-layang Jumpa Duit, Penduduk Berebut Kutip Wang Kertas Dalam Saluran Air

9-6-2023 07:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 643| Komen: 5

Penemuan beg plastik mengandungi sejumlah wang kertas dalam saluran air menggemparkan penduduk kampung yang dilihat berebut wang kertas berkenaan.

Difahamkan, wang kertas itu ditemui ketika seorang kanak-kanak bermain layang-layang di Kampung Cimuja, Cimalaka di Sumedang, Jawa Barat di Indonesia pada Selasa.



Kompas

Setiausaha Kampung Cimuja, Lukman Hakim mengesahkan mengenai insiden berkenaan.

"Kejadian berlaku pada sebelah petang. Ia adalah wang kertas Rp1,000 (RM0.31) yang dikeluarkan pada 2022.

"Kesemuanya dalam beg plastik dengan keadaannya berlumpur," kata Lukman ketika dihubungi, pada Rabu.

Lukman berkata, tidak dipastikan jumlah keseluruhan wang di dalam beg plastik itu kerana ketika ditemui, penduduk sudah berebut-rebut untuk mendapatkannya.


Kompas


"Penduduk yang kebetulan berada di lokasi kejadian berebut-rebut mendapatkan wang apabila mendapati terdapat berpuluh-puluh gumpalan wang tunai di dalam beg plastik.

"Keadaan wang basah dan berlumpur. Penduduk yang mengambil wang itu kemudian membawanya pulang untuk dijemurkan," kata Lukman.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 9-6-2023 07:05 PM
heran camne bleh ada dlm lumpur??? aneh2 jer indon ni, ntah2 saje buat cerita nk viral
Quote kepompong 9-6-2023 07:49 PM
1000 rupiah note boleh la dia nak buat2 macam terjumpa. Kalau nak pakai note 50ribu atau 100ribu jenuh & ambik risiko hilang
Quote nolya 9-6-2023 08:27 PM
Duit palsukah?
Quote Lagubestbest 12-6-2023 07:05 PM
tak tanya dah nenek sape yg punya terus berebut tak bersisa.
Quote ilacantik 12-6-2023 07:10 PM
Mungkin terlupa maka terbuang oleh IRT(ibu rumah tangga) yg buat challenge simpan duit note rp1000,rp2000.  Meols selalu tengok kat YT, sambil2 belajar menyimpan duit yg secoet. Mungkin nak elak kecurian, simpanlqh kat plastik. Yg laki pulak kenkonon nak spring cleaning, atau decluttering, buang lah sampah kat sungai belakang rumah. Maka hanyutlah plastik hitam sambil menyauk lumpur2 yg ada ketika hujan.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.103012 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top