Shakilla Khoriri baru-baru ini susah hati apabila anak perempuannya iaitu Ameena Sofia, 4, sakit mata akibat jangkitan kuman. Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, bagaimanapun tetap bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjaga anaknya sepanjang tempoh rawatan itu.
"Bersyukur rasanya bila setiap kali Ameena diuji sakit yang agak teruk saya ada dengan dia. Depan mata pun rasa susah hati apa lagi hilang dari pandangan," katanya. Shakilla berkongsi mengenai perkara itu di Instastory miliknya pada Rabu berserta video dia sedang membersihkan bahagian mata anaknya. Dalam satu perkongsian lain, Shakilla memaklumkan Ameena sudah beberapa hari terkena jangkitan sehingga menyebabkan bengkak pada bahagian mata. Tidak mengetahui punca sebenar jangkitan tersebut, Shakilla memberitahu dia perlu membersihkan bahagian mata anaknya itu setiap kali Ameena mengadu sakit. "Macam inilah saya selama tiga hari setiap setengah jam bila dia (Ameena) cakap tak boleh buka mata. Rasa pedih dan sebagainya. "Saya pun sudah tidak tengok jam... cuma tahu terang atau gelap kejadian di luar rumah. Tidur tidak lena fikirkan Ameena macam ini," ujarnya. Untuk rekod, Ameena merupakan anak hasil perkahwinan Shakilla bersama penyampai radio Fizi Ali. Mereka mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun berpisah pada Disember 2021. Sumber: mStar
|
kotakominami replied at 10-6-2023 05:38 PM
Dia ni mcm ade satu perangai annoying cam adik bongsu aku...contoh mcm ni aku tiap minggu anta bapak ...

ADVERTISEMENT