CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trend Lato-Lato Dah Menular Di Filipina, Ramai Kanak-Kanak Cedera Dan Lebam-Lebam

9-6-2023 06:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 185| Komen: 0

MANILA, Filipina – Permainan lato-lato kini popular di Filipina sehingga ada kanak-kanak yang cedera.

Berita tempatan melaporkan, lato-lato itu menjadi cabaran menyeronokkan di TikTok, namun apa yang tidak dijangka oleh orang ramai ialah permainan itu boleh mendatangkan kemudaratan.


Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dari bandar Caloocan mengalami lebam di lengannya akibat kerap bermain lato-lato.


Foto: POP

Bola lato-lato itu mengenai lengan budak itu setiap kali dia menghayunkannya ke atas dan ke bawah sehingga menyebabkan kecederaan.

Ibu kanak-kanak lelaki itu, Jessa Mae menghadiahkan permainan itu kepada anaknya. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, dia melihat kesan lebam di kedua-dua lengan anaknya dan menyedari bahawa bola itu menyakitkan jika dihayun dalam tempoh yang lama.

Insiden ini dipaparkan dalam episod ‘Kapuso Mo Jessica Soho’ di rangkaian berita GMA pada 4 Jun lalu.


Si ibu kemudiannya membuat keputusan membuang permainan itu.

Laporan mengenai kemunculan semula permainan itu di Indonesia pernah muncul dalam Borneo Bulletin, sebuah penerbitan yang berpangkalan di Brunei.

Nama lato-lato dikatakan berasal daripada perkataan Bugis lato-lato, demikian menurut laporan sama. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.060220 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top