CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Lelaki Sanggup Datang Dari Bota Perak Untuk Pecah Tabung Masjid Di Melaka

9-6-2023 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 186| Komen: 1

Melaka: Dua lelaki sanggup datang ratusan kilometer dari kawasan Bota, Perak dan melakukan jenayah pecah tabung masjid dan curi wang sumbangan orang ramai di negeri ini.

Taktik itu terdedah apabila kedua-dua suspek berusia 21 dan 23 tahun dicekup berasingan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah pada 25 Mei lalu, sekitar jam 3 petang di Jalan Raja Musa, Manjung dan Jalan Tronoh, Bota Kanan, Perak.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tangkapan dibuat susulan laporan dibuat seorang bilal sebuah masjid di kawasan Bukit Katil berhubung dua tabung masjid dipecah hingga menyebabkan kerugian dianggarkan kira-kira RM300 pada 8 Februari lalu.


Foto: Harian Metro

Menurutnya, bertindak atas maklumat siasatan dan risikan dibuat bagi membendung kes seumpamanya daripada terus berlaku dan menjejaskan wang sumbangan ikhlas orang ramai kepada pengurusan masjid.


"Hasil serbuan dijalankan, polis berjaya merampas peralatan digunakan suspek iaitu pemutar skru, serta pakaian dan topi keledar yang digunakan semasa melakukan pecah tabung terbabit.

"Siasatan mendapati wang tunai yang dicuri digunakan untuk perbelanjaan harian serta membeli bekalan dadah dan geng ini aktif melakukan jenayah pecah tabung masjid dan surau sejak awal tahun ini," katanya dihubungi di sini.

Christopher berkata, dengan tertangkapnya geng berkenaan polis berjaya menyelesaikan enam kes pecah tabung di dalam daerah Melaka Tengah.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun atau boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan sebarang kegiatan jenayah atau sebarang aktiviti yang mencurigakan diminta supaya menyalurkan maklumat itu kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. -CARI

Sumber: harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 9-6-2023 06:34 PM
dadah pemusnah bangsa

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.056913 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top