CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Allah Maha Mengetahui,"-Hafidz Roshdi Waras, Nurul Shuhada Minta Diadili Dengan Baik

9-6-2023 06:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2676| Komen: 38

Nurul Shuhada Mat Shukri memberitahu bahawa dia percaya kebenaran akan terjawab suatu hari nanti kerana terbukti Hafidz Roshdi sihat dan waras.

Memetik laporan Berita Harian, Shuhada pernah difitnah menggunakan alasan Hafidz sakit mental.


Foto: IG

“Laporan psikiatri sudah keluar dan doktor mengesahkannya waras, jadi selama ini apa yang segelintir individu menfitnah saya dengan menggunakan alasan Hafidz mempunyai sakit mental kini sudah terjawab,” katanya kepada XTRA.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa’ Zamri mengesahkan Hafidz waras pada sebutan semula kes dan laporan psikiatri di hadapan Majistret, Hakim Mohd Kafli Che Ali.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Julai depan bagi sebutan semula kes.

Berikutan itu, Shuhada berharap agar kes tersebut berjalan dengan lancar dan diadili dengan baik.

“Semoga perkara ini diadili dengan sebaik mungkin. Allah Maha Mengetahui dan saya tahu Allah akan mengadili semuanya dengan sebaik-baiknya.


“Dan Allah juga adalah saksi sebenar-benarnya terhadap apa yang berlaku kepada saya ketika kejadian itu,” jelasnya.

Pada 2 Mac lalu, Hafidz didakwa menumbuk muka Shuhada sebanyak tiga kali ketika berlaku pertengkaran antara mereka.

Akibat kejadian itu, Shuhada terpaksa menerima 10 jahitan dan menyebabkan wajahnya mengalami parut kekal.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Terdahulu, Hafidz dilaporkan melafazkan cerai terhadap Nurul Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu, sebelum isterinya itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 28 Februari lalu. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 9-6-2023 06:33 PM
Apa maksud orang fitnah dia bahawa hafis sakit mental? Hafis yg kena fitnah kan?

Bukan dia yg fitnah hafis ke sebenarnya? Acik forum pun rilek je fitnah dia yg sakit mental ataupun toxic semulajadi je

Quote dudaberhias 9-6-2023 06:35 PM
so dengan tak malunya laki ko memang hempuk ko dalam keadaan waras seperti zarina sabut nyoq reda kena hempuk dek anak gittuh...

dah boleh masuk group fb title kena hempuk apa harini?

secretary dia bubuh si bini awie... ko jadi ex mod je lah gittuhh shelup shelup oi...

first post dalam group tu : *Harini saya di hempuk oleh suami di dalam kereta hingga pecah cermin mata... walau bagaimanapun saya gembira sebab dia telah meninggalkan peta negeri sembilan di bahagian wajah saya. Saya tidak perlu lagi tengok google maps untuk bersiar2 di negeri sembilan...*

gittuhhhh...

Quote primarikey 9-6-2023 06:39 PM
Ko tu annoying
Tak heran klu kena tinju ngn apis
Acik2 kepam dlm porem ni pn terasa nk lempang ko wlpn x kenal
Terbuktikn apis waras
Sbnrnya ko yg mental shu
Quote MsKantoiLagi 9-6-2023 07:26 PM
Semoga dipermudahkan. Bipolar mmg salah satu penyakit mental kan? Bipolar ada waktu tertentu attack salah satu punca terutama apabila menerima tekanan terhadap mental yg tinggi. Kalau makan ubat dan amalkan hidup sihat akan mengurangkan risiko penyakit akan attack diri pesakit kan? Dek Piz teruskan perubatan dan makan ubat. Supaya dapat hadiri proses pengadilan. Semoga dipermudahkan urusan
Quote MeowPARSI 9-6-2023 07:32 PM
Artis,, org lain pun bermasalah jugak,,, cerai berai...tp nth napa,, kes ko ni kan shu... Aku mmg x berapa nak gemar pun,, maybe sbb aku ter annoyed dgn karakter ko shu.. Si apis pun mmg semak me nengok nya,,
Quote MsKantoiLagi 9-6-2023 07:34 PM
Bincang elok2 pasal anak2 supaya tiada memberi tekanan kepada kedua2 belah pihak. Jangan stresskan diri masing2 dengan drama tak putus2. Permudahkan urusan masing2.  
Quote missHaidiD 9-6-2023 07:40 PM
Semoga apis masuk penjara.  Aamiin
Aku benci penonggang agama

Cukup laki bini terpaling tak pyh ko nk tmbh lg la jntan taguna
Quote de_ikea 9-6-2023 07:45 PM
Lantaklah dgn syu tu. Tp yang si ayuthaya (apantah nama watak penyondol dalam drama diorg ni) yg kesian dgn mental health si apis ni rasa apa eh? Doktor kata sihat je dia ni.
Quote red_velvet 10-6-2023 01:54 AM
Edited by red_velvet at 10-6-2023 02:00 AM

Jap... kan ke bushuk yg kata hafidz tu sakit mental sblm ni... Bila masa pulak nurtizen fitnh dia.. pening aku dgn dak bushuk ni.. statement macam pari2
Quote whimsicalmusic 10-6-2023 02:52 AM
red_velvet replied at 10-6-2023 01:54 AM
Jap... kan ke bushuk yg kata hafidz tu sakit mental sblm ni... Bila masa pulak nurtizen fitnh dia..  ...

aku pn confius dgn statement kt atas tu. mksd nya die nk ckp HR waras tp netizen fitnah ckp HR mental? tp kenapa fitnah die, bukan kah HR yg kena fitnah? xpahammmm
Quote whimsicalmusic 10-6-2023 02:52 AM
Edited by whimsicalmusic at 10-6-2023 02:57 AM
likilu replied at 9-6-2023 06:33 PM
Apa maksud orang fitnah dia bahawa hafis sakit mental? Hafis yg kena fitnah kan?

Bukan dia yg fitna ...


confius kan? ape yg die nk smpaikan sebenarnya?

ataupn die nak ckp hafiz mmg tumbuk die dlm keadaan sedar, tp org ckp maybe hafiz xsedar, dia kan ade masalah mental. so jd la fitnah kt statement dia. gitu kot?
Quote Bipolajourney 10-6-2023 03:33 AM
MsKantoiLagi replied at 9-6-2023 07:26 PM
Semoga dipermudahkan. Bipolar mmg salah satu penyakit mental kan? Bipolar ada waktu tertentu attack  ...

Bipolar salah satu penyakit mental, itu benar.
Dia tidak akan attack seperti heart attack, yang ada cuma bipolar rage. Hafiz adalah contoh kes yang menunjukkan most of times patient waras macam normal tapi akan bertukar bila diprovokasi. Melihat cara tulisan Shuhada dimedia sosial, taklah pelik dia didebik.

Dalam kes ni pengesahan pakar psikiatrist memainkan peranan. Kalau dia tak fit untuk trial dia tidak akan disahkan waras dan fit for it.

Yang paling bahaya bagi aku adalah NPD. Ini tiada ubat baginya sama sekali DAN KEBIASAANNYA orang yang terlihat mangsa merupakan pemangsa kerana terernya play victim ye.
Quote Bipolajourney 10-6-2023 03:40 AM
whimsicalmusic replied at 10-6-2023 02:52 AM
aku pn confius dgn statement kt atas tu. mksd nya die nk ckp HR waras tp netizen fitnah ckp HR men ...

Dia memang ada bipolar tapi tak bermaksud dia 24 jam dalam fasa mania , 24 jam dalam fasa murung, 24 jam suicidal thought. Kalau dia bipolar tanpa psikosis tu kira insha Allah dia mostly stable dan kena jauhi trigger je. Setengah patient mentally ill ni kalau dalam situasi mencemaskan, orang biasa mungkin dah gabra dan takut, tapi mereka boleh lek lek dan tiada ekspresi (blunt face reaction) tapi ada masanya Hal kecil mengamuk bagai nak rak.
Buat hafiz, fokuslah pada diri, Soal kawin letak tepi, Selesaikan trauma masa lalu dulu.
Quote anony-mous 10-6-2023 04:14 AM
likilu replied at 9-6-2023 06:33 PM
Apa maksud orang fitnah dia bahawa hafis sakit mental? Hafis yg kena fitnah kan?

Bukan dia yg fitna ...

Nmpk sgt shelup ni baca porem
Quote MsKantoiLagi 10-6-2023 05:16 AM
Edited by MsKantoiLagi at 10-6-2023 05:22 AM
Bipolajourney replied at 10-6-2023 03:33 AM
Bipolar salah satu penyakit mental, itu benar.
Dia tidak akan attack seperti heart attack, yang ad ...


Terima kasih sebab bagi awareness pasal bipolar. Maknanya Dik Non sbg isteri tahu Dek Piz ada penyakit tersebut. Mungkin sebelum ini hanya keluarga terdekat yg tahu dia ada bipolar. Memandangkan kes itu berlaku maka Dek Piz juga perlu menyatakan kepada pihak berwajib tentang sejarah penyakit dia.
Kalau dia diserang bipolar atau mcm disebut, mania kan? Maka dia tak fit utk bagi keterangan ketika proses perbicaraan. Setelah disahkan dalam status waras, maka dia fit to sit for trial. Dek Piz kena stay strong ok. Makan ubat untuk teruskan dapat pengadilan. Semoga dipermudahkaan.
Quote MsKantoiLagi 10-6-2023 05:20 AM
Bipolajourney replied at 10-6-2023 03:40 AM
Dia memang ada bipolar tapi tak bermaksud dia 24 jam dalam fasa mania , 24 jam dalam fasa murung,  ...

Jauhi trigger Dek Piz. Jangan layan drama. Siapa yang suka2 atau sengaja nak bagi tekanan terutamanya. Pasal anak2 mcm dalam media sebut tu dan ada filing Hadanah, buat dalam saluran yang betul. Drama tepi tu, biarkan berlalu dan harap2 jangan meleret2 smpi tarikh perbicaraan kelak. All the best.
Quote MsKantoiLagi 10-6-2023 05:25 AM
Bipolajourney replied at 10-6-2023 03:33 AM
Bipolar salah satu penyakit mental, itu benar.
Dia tidak akan attack seperti heart attack, yang ad ...

NPD tu tak berapa aware lagi. Kalau sesiapa ada details atau info mungkin boleh share skit?
Quote MsKantoiLagi 10-6-2023 05:29 AM
whimsicalmusic replied at 10-6-2023 02:52 AM
aku pn confius dgn statement kt atas tu. mksd nya die nk ckp HR waras tp netizen fitnah ckp HR men ...

Malam semalam Dik Non ada up dlm reels drama pasal fitnah dia lah apa lah, kan? Kalau betul fitnah, saman je lah. Kenapa perlu nak up dan sengaja biar public simpati? Lagi sekali play victim drama dan dendam. Asalkan bukan Dik Non pula kena saman sudahlah sebab suka2 atau melalut2. Kalau Dik Non atau terdekat dengan dia baca semua ini, nasihatkan dia. Stop la drama tanpa henti ini. Memudaratkan diri je sebenarnya.
Quote MsKantoiLagi 10-6-2023 05:51 AM
MsKantoiLagi replied at 10-6-2023 05:29 AM
Malam semalam Dik Non ada up dlm reels drama pasal fitnah dia lah apa lah, kan? Kalau betul fitnah ...

Drama simpati untuk tatapan public. Never ending. Masa jadi isteri Dek Piz pun banyak drama ye? Tanya jer?

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.054908 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top