CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dicekup Polis Di Rumah Lepas 12 Jam Bawa Lari Iphone 11

9-6-2023 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 391| Komen: 3

12 jam selepas melarikan sebuah iPhone 11 di sebuah pasar raya, petang semalam, lelaki dicekup polis di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh mengesahkan kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari semalam itu dikesan melalui televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di hadapan premis.



SEBAHAGIAN barang yang berjaya dirampas selepas suspek ditangkap, di Kluang, semalam.

Hasil siasatan mendapati, suspek berusia 24 tahun itu pada awalnya datang ke premis berkenaan dan meminta pembantu kedai memberikan telefon iPhone 11 berwarna putih yang dipamerkan kononnya untuk melihat.

“Suspek lari keluar dari premis tanpa membuat sebarang bayaran seterusnya meninggalkan pasar raya berkenaan dengan motosikal yang diletakkan di hadapan pintu masuk.

“Cubaan pembantu kedai untuk mengejar turut gagal sebelum semakan melalui CCTV berjaya mengenal pasti suspek menggunakan motosikal ketika melarikan diri,” Katanya melalui kenyataan, hari ini.


Menurut Bahrin lagi, selepas menerima laporan daripada pembantu kedai berkenaan pada pukul 8 malam, sepasukan pegawai dan anggota melancarkan gerakan sebelum berjaya menangkap suspek di rumahnya kira-kira pukul 1.45 pagi tadi.

Ujarnya lagi, hasil daripada tangkapan ke atas suspek, pihak polis berjaya merampas sebuah motosikal jenis Honda Wave 125 warna Biru, sebuah telefon bimbit jenis iPhone 11 warna putih, sehelai baju-T berwarna merah jenama Adidas Tertera tulisan Nombor 22, sehelai seluar panjang dan topi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membolehkan dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

“Semakan turut mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan satu rekod dadah, bagaimana pun ujian saringan air kencing negatif,” katanya lagi.

Tambah Bahrin lagi, hasil soal siasat, suspek mengaku mencuri telefon IPhone 11 di premis berkenaan dan dikenakan tahanan reman selamat empat hari sehingga 12 Jun.


SUmber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 10-6-2023 03:59 PM
Kalau rakyat marhaen laju je wat keje..ce kes jerung...asik la tubuh suruhanjaya.
Quote shernazz 10-6-2023 04:24 PM
Ada kawan iols neh buat loan utk niaga
Lepas dpt loan..gi beli iphone...
Katanya senang nak buat marketing
Entah la...hahaha
Quote Decaffeinated 10-6-2023 04:45 PM
Sila bagi satu sebab kenapa berita ini special.

[0 markah]

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.083543 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top